Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Covid-19 masih memburu mangsa, kita jangan alpa
OLEH: FINAZ YUNUS
Saya faham ramai yang dah tak tahan duduk rumah berlama-lama. Kelonggaran untuk beriadah,bercuti, berkelah, berkhemah sememangnya dinantikan.
Saya sendiri begitu.
Namun kita WAJIB TAHU COVID MASIH MENGGANAS.
Sektor pelancongan TERPAKSA dibuka untuk jana ekonomi, untuk kendali emosi dan mental rakyat yang sudah lagi tidak tertanggung untuk berkurung.
Maka TANGGUNGJAWAB KINI DIPULANG KEMBALI KEPADA KITA.
Saya pohon kepada sahabat semua selain jaga SOP sewaktu berada di luar, mohon pertimbangkan untuk:
(1) Tidak masuk ke restoran yang SESAK dengan orang ramai
(2) Tidak berkelah di tepi pantai/ padang/ air terjun yang PENUH dengan orang ramai walau anda punya jarak 1 hingga 2 meter dengan keluarga lain di situ
(3) Pilih ‘weekdays’ untuk bercuti bersama keluarga
(4) Buat pencarian atau ‘homework’ lebih sikit dalam mencari tempat perkelahan yang tidak punyai ramai pengunjung
Sejujurnya, masih banyak pantai, air terjun, taman yang cantik-cantik masih belum diterokai banyak orang.
(5) Yang punya pendapatan lebih, pilihlah tempat yang perlu dibayar untuk anda dan keluarga beriadah
Bukan sahaja anda dan keluarga selamat, namun anda beri peluang mereka yang kurang berkemampuan untuk beriadah di taman-taman percuma.
Contoh: Di Ulu Yam terdapat lokasi sungai yang perlu berbayar dan percuma.
Saya sendiri pernah pergi yang berbayar, tidak mahal mana pun. Namun sungainya amatlah cantik dan anak saya mandi sungai tanpa ragu-ragu berikutan sungai itu ‘kami punya’ pada jarak 100 meter dengan keluarga lain.
Akhir sekali, kita masih belum selamat.
Nikmatilah kelonggaran yang diberi dengan berhati-hati dan berpada-pada.
-THE MALAYSIA VOICE
** Finaz Yunus merupakan Pengacara dan Penerbit TV AlHijrah
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Instagram Finaz Yunus ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)