
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Tambah baik segera fungsi Helpdesk MySejahtera

OLEH: HANNAH YEOH
Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklum balas daripada penduduk bahawa mereka tidak memiliki sijil digital di dalam MySejahtera walaupun mereka telah mengambil vaksin yang lengkap.
Mereka telah berusaha menghubungi Helpdesk MySejahtera untuk mengadu mengenai perkara ini dan untuk mendapatkan sijil digital setelah lengkap menerima dua dos vaksinasi namun mereka tidak mendapat sebarang maklum balas.
Ketika semua pergerakan dihubungkaitkan atau bergantung kepada status vaksin, adalah tidak munasabah untuk MySejahtera mengalami ketidakcekapan seperti ini.
Pembelian barangan harian, makanan, kemasukan ke padang, tempat kerja dan penggunaan pengangkutan harian – semuanya bergantung kepada status vaksin mereka.
Ramai daripada mereka tidak dapat meneruskan aktiviti harian akibat kegagalan MySejahtera mengemaskini status vaksin mereka dan ini bertambah teruk apabila mereka tidak dapat menghubungi Helpdesk MySejehtera.
Ada di kalangan mereka yang dirujuk kembali ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mengemaskini status vaksin sedangkan ada sesetengah PPV yang telah pun ditutup.
Saya menggesa Menteri Kesihatan untuk memberikan perhatian segera dan keutamaan memperbaiki masalah MySejahtera sebelum memperkenalkan sebarang fungsi atau ciri-ciri baharu.
Kegagalan mengemaskini status vaksin sesungguhnya akan menambahkan lagi kesengsaraan, kesulitan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.
-THE MALAYSIA VOICE
** Hannah Yeoh merupakan Ahli Parlimen Segambut
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Hannah Yeoh ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)