JUST IN
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
Annoyance and irritability go hand in hand
National anti-corruption strategy on course
Analisis pecahan gol yang menjadikan Ronaldo terbaik di pentas antarabangsa
OLEH: Axello Tacts
Cristiano Ronaldo memecahkan rekod gol antarabangsa sepanjang zaman milik Ali Daei yang dicipta dari 1993-2006.
Ronaldo menjaringkan dua gol dramatik dalam kemenangan lewat Portugal selepas ketinggalan.
Ronaldo yang gagal menyempurnakan penalti pada awalnya, menjadi inspirasi kepada pasukannya untuk bangkit berdepan Ireland dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Gol penyamaan dilakukan pada minit ke-89, manakala gol kemenangan adalah pada masa kecederaan 90+6′, menjadikan gol itu gol paling lewat dilakukan Ronaldo dalam kariernya.
Dalam masa satu malam, dua kali Ronaldo mengatasi rekod Ali Daei.
Dan kini beliau sedang mencipta legasi sebagai penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman. Setiap golnya selepas ini adalah rekod baharu.
Berikut adalah pecahan gol gol Ronaldo.
- 1) KAKI MANA?
Ronaldo menjaringkan 58 gol menggunakan kaki kanannya, dan 25 gol menerusi kaki kirinya.
- 2) JARINGAN TANDUKAN
Secara keseluruhannya, Cristiano Ronaldo memang pakar menanduk bola. Beliau menjaringkan 28 gol menerusi tandukan.
- 3) ZON
Dari segi zon gol beliau, 90 gol dijaringkan dari dalam kotrak penalti, manakala 21 lagi adalah di luarnya
- 4) DISIPLIN GOL
Ronaldo menjaringkan gol penalti sebanyak 14 kali. Dan 10 lagi adalah menerusi sepakan percuma. 87 gol beliau adalah menerusi permainan terbuka.
- 5) HATRIK
Secara keseluruhan setakat ini Ronaldo sudah mencatatkan 9 hatrik antarabangsa di dalam kariernya.
6) PENTAS
Ronaldo kini sudah beraksi 180 kali untuk negaranya, menyamai rekod Sergio Ramos untuk kaps antarabangsa terbanyak pemain Eropah.
Hanya Soh Chin Aun yang lebih banyak daripada Ronaldo.
Dari segi golnya, Ronaldo menjaringkan 33 gol dalam kelayakan Piala Dunia. 31 gol dalam kelayakan Euro.
19 gol dalam aksi pershabatan, 14 gol Euro, serta 7 gol lagi dalam Piala Dunia.
Untuk pertandingan lain, Ronaldo menjaringkan 5 gol dalam Piala Bangsa Eropah dan 2 gol dalam Piala Konfederasi.
PENGHARGAAN RONALDO KEPADA ALI DAEI
Menerusi ruangan Instagramnya, Ronaldo memberikan penghargaannya kepada Ali Daei.
Ronaldo berkata: “Satu lagi sebab kenapa saya sangat menghargai pencapaian ini adalah kerana Ali Daei telah menetapkan penanda aras yang sangat tinggi, sehingga satu ketika saya terfikir bahawa saya boleh mengejarnya.”
“Tahniah kepada Shariar di atas kejayaan memegang rekod untuk tempoh sangat lama, dan terima kasih kerana berterusan memberikan penghormatan kepada saya, setiap kali saya menjaringkan gol dan semakin merapati rekod luar biasanya.”
Ali Daie sebelum ini mengucapkan tahniah kepada Ronaldo dengan melabel kapten Portugal itu sebagai juara hebat serta insan yang prihatin. Beliau memberikan penghargaan itu ketika Ronaldo dalam perjalanan memecahkan rekodnya.
“Tahniah Cristiano Ronaldo yang kini cuma 1 gol dipisahkan daripada memecahkan rekod gol antarabangsa. Saya berbesar hati dengan pencapaian ini akan menjadi milik Cristiano Robaldo – juara yang hebat dalam bola sepak dan manusia yang penyayang yang memberikan inspirasi serta impak di seluruh dunia.”
Pada 2019, Ronaldo menjaringkan gol ke-99 untuk Portugal dan ketika itu beliau bertekad mahu mengejar rekod gol Ali. Ronaldo berkata: “Semua rekod dicipta adalah untuk dipecahkan.”
Dedikasi dan kerja keras beliau membantunya sampai ke sini.
-THE MALAYSIA VOICE
** Axello merupakan penulis dan pengulas bola sepak bebas tempatan
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)