JUST IN
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Solidariti untuk kehormatan wanita
OLEH: BADRUL HISHAM
Menjelang Hari Merdeka yang lalu, seorang rakan aktivis kami, Shakila Zen menerima satu kotak berisi replika sebelah tangan berdarah, dan cetakan wajahnya berserta nota dengan kata-kata benci, ancaman untuk mencurah asid dan membakar rumah.
Laporan polis mengenai ancaman ini telah pun dibuat. Unsur jenayah jelas.
Keesokannya, Shakila menerima lagi mesej melalui aplikasi WhatsApp. Mesej mengandungi perkataan jelik yang tidak segan-silu memberitahu ketegangan ‘anu’nya.
Rupanya, nombor telefon Shakila telah ditampal merata dan tersebar untuk servis mengurut alat kelamin dan ‘servis-servis tambahan’ lain. Ya, tindakan ini juga telah dibuat laporan.
Apa masalah yang kita semua hadapi berkait situasi begini?
Pertama, Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak kebebasan bersuara. Apabila orang menyuarakan pandangan, kita sebagai makhluk bertelinga, boleh mendengar.
Jika tak suka nak dengar, ada pelbagai cara boleh digunakan untuk menapis pendengaran. Jika pandangan tersebut membahayakan, ada pelbagai saluran mengikut laras undang-undang untuk menghalang, atau mendiamkan.
Namun, undang-undang negara tidak pernah memberi hak kepada siapa-siapa pun untuk membuat ugutan, ancaman dan gangguan seksual kepada orang yang berpendapat.
Masalah kita dengan budaya jelik dan tidak senonoh ini, apabila wanita memberi pendapat, soalan balasnya bukan tentang konteks pendapatnya tetapi berapa saiz payudaranya.
Berhujah secara sihat jauh sekali. Yang muncul hanya komen-komen gersang membayangkan yang bukan-bukan. Kenapa?
Ini sepatutnya menjadi kerisauan. Shakila Zen bukan satu-satunya kes. Ada ramai lagi berhadapan yang sama.
Budaya jelik ini kalau tidak ditentang sekarang, kita tak tahu, di hari depan anak gadis kita membuat pembentangan idea kerja, tetapi yang diselongkar liar mata audien adalah susuk tubuhnya.
Kerisauan berganda sebab kita tidak tahu apa di dalam kepala di pelaku.
Mengapa pelaku rasa ‘okay’ untuk bertindak membuat gangguan begitu? Adakah sebab pelaku tahu, yang akan dipersalahkan nanti bukan dia – tetapi wanita?
Tuan-tuan dan puan-puan, ketahuilah sesiapa saja boleh jadi pelaku gangguan seksual. Boleh jadi samseng atau kutu berahak. Tapi tak mustahil sosok pelaku seorang yang kita hormati, yang kita muliakan. ini jauh lebih menakutkan.
‘Please’. Tolong kami #protectShakila hari ini, demi keselamatan wanita-wanita kesayangan kita.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)