
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Tahniah Ziyad, sabar Ziyad!

OLEH: DATO’ AZIZULHASNI AWANG
Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.
Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima.
Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah ditarik kemenangan pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.
Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan. Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini.
Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Ziyad, memang pahit untuk ditelan. Akan tetapi nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’.
Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat emas yang memang kepunyaan Ziyad itu.
Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya.
Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah dirampas secara terang-terangan.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)