JUST IN
Dokumen Perancangan Strategik KUSKOP 2025 dilancarkan
Malaysians prefer Maxim e-hailing: 5 reasons why
Nantikan impak Rob Friend dalam revolusi Harimau Malaya
The sweat shop working conditions for public hospital doctors
Malaysia sees a rise in people with mental health issues
Kane vs Lewandowski di Bayern – versi mana lebih hebat?
Trying to earn respect by the use of deceit
Don’t take anyone or anything in life for granted
Watak-watak BoBoiBoy kian berkembang, punyai ‘arc’ masing-masing
Penganjur himpunan solidariti mohon sumbangan bayar kompaun, pertimbang saman polis
Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) meminta bantuan orang ramai yang berpegang pada prinsip cintakan demokrasi untuk menghulurkan sumbangan bagi menjelaskan jumlah kompaun sebanyak RM62,000 melibatkan 31 orang yang hadir berhimpun dalam acara nyalaan lilin untuk memperingati mangsa Covid-19 pada 19 Ogos lalu.
SSR berkata, bantuan bagi bayaran amatlah diperlukan memandangkan peserta pada malam tersebut telah dinasihatkan untuk melunaskan kompaun yang dikenakan.
“Sumbangan boleh disalurkan ke 8603878996 CIMB Bank Persatuan Pengundi Muda dengan rujukan #LAWAN,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah SSR, kesemua yang hadir telah disoal siasat dan penahanan dibuat di bawah tiga akta iaitu Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 21A Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1985 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.
“31 orang yang hadir membakar lilin dan meletakkan bunga ros sebagai memorial telah dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” jelasnya.
Justeru menurut mereka, laporan polis telah dibuat pada 22 Ogos 2021 di IPD Sentul agar siasatan dibuat terhadap pegawai polis IPD Dang Wangi yang telah menahan peserta pada malam tersebut.
-THE MALAYSIA VOICE