OLEH: DR IZZAR ANWARI
Mesti ramai gembira dah boleh keluar ‘dine-in’ dan merentas daerah kalau dah lengkap divaksinasi. Walaupun kelonggaran ini diberi, kita hendaklah beringat dan bijak membuat keputusan. Ini kerana Delta Variant sedang berlegar-legar di luar sana. Berikut adalah beberapa peringatan untuk anda:
- Pastikan pakai ‘double mask’ atau N95 kalau keluar dan patuh SOP.
- Makan di kedai yang ‘open concept’ atau pengudaraannya baik. Elakkan ‘dine-in’ di kompleks beli belah atau kedai di mana pengudaraannya tak berapa baik sebab dalam ruang tertutup. Cuba pergi awal ketika tiada orang lain. Virus Covid-19 ni kan ‘airborne’. Makan di rumah keluarga atau kawan yang dah lengkap divaksin lebih baik.
- Nak merentas daerah pun beringat. Hanya benarkan orang yang dah lengkap divaksin untuk melawat anda dan lawat orang dah lengkap divaksin. Kalau ada anak-anak kecil yang belum divaksin, tangguhkanlah dahulu niat sebab mereka tak dilindungi lagi.
- Jangan teruja sangat dengan kadar vaksinasi di Malaysia. Alhamdulillah, memang tinggi. Tapi kalau kita tengok betul-betul, ia tinggi di Lembah Klang. Rata-rata negeri lain kadar vaksinasi tak sampai 50% lagi yang lengkap divaksinasi.
- Kita boleh menarik nafas lega kalau kes kematian di luar hospital (BID), kematian, dan kes Kategori 3,4,5 semakin berkurangan. Perhati betul-betul.
- Kita kena terima yang kita akan hidup di samping Covid-19 ini. Walaupun kelonggaran diberi, tak bermaksud ancaman Covid-19 itu dah tiada. Sentiasa beringat.
Di samping itu, golongan yang memalsukan e-sijil vaksinasi perlu didakwa atas tuduhan percubaan membunuh.
Buatlah keputusan yang bijak. Tanggungjawab keselamatan dan kesihatan keluarga di tangan anda. Bukannya orang lain.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)





