JUST IN
Celebrating Malaysia’s unity in diversity
A pilot ‘Bangsa Johor’ school syllabus
Aeon Mall Tebrau City Partners with Tourism Malaysia for Biggest Black Friday Midnight Sale
Thomson Revolutionises Patient Care with New 3T MRI Machine
Global warming increases risks to public heath
Cyberbullying now a major concern
Is the Malaysian way of life under threat?
Don’t promote or encourage gambling
Taking advantage of their disadvantage
Mampukah Ismail pikul tanggungjawab lebih besar?
OLEH: NORMAN RADZUAN
Apabila BERSATU menyokong Ismail Sabri dengan bersyarat, kerajaan ini nampaknya boleh diugut dan dijatuhkan lagi. Sekali lagi kita akan berhadapan krisis politik yang tidak berkesudahan.
Sebaiknya Perdana Menteri ke-9 biarlah daripada mandat rakyat, bukan mandat Ahli Parlimen (MP).
Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu pelantikan PM9 ialah seorang pemimpin yang benar-benar berkualiti.
Persoalan kenapa memilih seorang PM dari kerajaan yang gagal dan malah beliau sendiri terbukti gagal menguruskan pandemik Covid-19? Pelantikan Ismail ibarat ‘old wine in new bottle’.
Ini bukan soal popular atau majoriti kerana Ismail dari Barisan Nasional (BN) sebenarnya bukan parti majoriti yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Kerajaan yang dibentuk lahir dari MP yang mengkhianati mandat rakyat.
Jika kita serius mahu menyelamatkan rakyat yang sudah 10 ribu lebih kes kematian, lebih 20 ribu kes harian dan mahu menyelamatkan ekonomi negara, mengapa pilih seorang PM yang terbukti gagal?
Rakan-rakan saya dari UMNO sendiri memberitahu bahawa mereka tidak yakin Ismail Sabri mampu memikul tanggungjawab ini kerana beliau bukan sahaja tidak popular di kalangan parti dan rakyat Malaysia, tetapi Ismail langsung tidak dikenali di pentas antarabangsa.
Yang saya bimbangkan, Ismail terpaksa berbelanja besar seperti Muhyiddin untuk memuaskan hati para MP dan parti yang menyokongnya.
Masanya akan banyak dihabiskan untuk melayani kerenah pemimpin parti. Malah ada yang mengatakan Ismail akan menjadi boneka kepada pemimpin partinya dan bekas bosnya.
Untuk Muhyiddin apabila dia menyokong BN, dia membawa partinya senasib seperti Parti Melayu Semangat 46. Parti akan lenyap dan karier politik Muhyiddin akan berakhir dengan gelaran Tun.
Yang bijak, UMNO dari pembangkang menjadi sebahagian dari kerajaan dan akhirnya menjadi kerajaan tanpa pilihan raya.
Yang ada sedikit masa depan, Azmin. Jangan terkejut jika Azmin dan Zuraida akan bersama UMNO pula selepas ini.
Azmin bukan ‘original’ BERSATU. Dia licik gunakan Parti Keadilan Rakyat dan BERSATU untuk kesenangan peribadi dan karier politiknya.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)