JUST IN

Situasi Covid-19 di Malaysia dijangka lebih baik pada bulan-bulan seterusnya

by | Aug 18, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: FIRDAUS KHAIRI

Jika kita bandingkan vaksinasi proses antara United Kingdom (UK) dan Malaysia, semua telah mengetahui Malaysia mempunyai kadar vaksinasi paling pantas sekarang di dunia. Ini berita yang cukup melegakan.

UK mencapai kadar vaksinasi pantas mereka ketika bulan Mac dan April. Kini, UK telah tiada ‘lockdown’, separa ‘lockdown’ dan sebagainya dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti berikut:

  • – Penjarakan 1 meter telah ditiadakan (kecuali di beberapa tempat seperti hospital dan kawalan pasport semasa masuk)
  • – Pemakaian topeng hanya digalakkan / tiada lagi penguatkuasaan
  • – Tiada had jumlah orang untuk apa-apa pertemuan
  • – Tiada had tetamu pada majlis perkahwinan dan pengebumian
  • – Tiada had orang yang menghadiri konsert, teater atau acara sukan
  • – Tiada sekatan untuk majlis keagamaan
  • – Mereka yang sudah lengkap vaksin tidak lagi perlu kuarantin setelah pergi ke luar negara

 (Sumber BBC News)

Jika kita lihat kadar kematian pula, kadar kematian di UK telah turun mendadak. 

Kematian di UK mencapai kadar tertinggi ketika 23 Januari 2021. Setelah proses vaksinasi telah berjaya dilaksanakan secara besar-besaran, kadar kematian telah turun mendadak.

Jadi, di Malaysia saya jangkakan keadaan sama akan berlaku. Dua atau tiga bulan lagi, banyak kebebasan akan kita kecapi.

Namun, kes tidaklah turun mendadak. Cuma kes serius dan kematian insya-Allah akan menurun mendadak.

Apabila vaksinasi UK memuncak pada bulan Mac hingga April, tiga bulan selepas itu kadar kematian menurun mendadak.

Malaysia ketika ini kadar kematian masih tinggi. Dengan kadar vaksinasi kini tinggi, insya-Allah kadar kematian akan turut turun.

Begitu jua di UK. Walaupun kadar jangkitan masih tinggi di UK, namun bilangan kematian telah turun mendadak. Jadi kerajaan UK telah membuka banyak sektor terutama untuk merancakkan kembali ekonomi.

Kalau perasan, kesan vaksinasi negara telah menampakkan hasil. Mengikut berita beberapa hari lepas, pesakit yang masuk unit rawatan rapi (ICU) telah turun mendadak. Jadi tidak mustahil dalam dua atau tiga bulan mendatang, kerajaan baru akan membuka lebih banyak sekatan.

Insya-Allah, cahaya semakin terang di hujung terowong.

Catatan ini hanya terhad pada bacaan graf dan statistik sahaja. Saya tak sentuh pada bidang kesihatan. Saya bukan ahli.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES