JUST IN

AS ambil kesempatan industri dadah Afghanistan bukan lagi rahsia

by | Aug 17, 2021 | News, Opinions, World | 0 comments

OLEH: IBNU MUHAMMAD ABU UMAR

Masalah paling besar Afghanistan adalah dadah.

Kerana dadah yang disuburkan semula industrinya lepas masuknya Amerika Syarikat (AS) dan NATO ke Afghanistan, askar mereka banyak lari dari medan perang sebab ramai juga dari anggota tentera mereka penagih dadah selain militia yang dibayar oleh panglima perang untuk jadi kuda kayu mereka.

Seperti di Vietnam, AS menggunakan kapal terbang tentera mereka untuk memindahkan dadah tersebut ke pasaran di barat.

Ada filem kisah di Vietnam (American Gangster lakonan Danzel Washington).

Hal yang sama terjadi di Afghanistan lepas AS dan NATO masuk menjajah Afghanistan pada tahun 2001 lalu.

Dengan bantuan perisikan Iran dan Pihak Pakatan utara (yang juga adalah rakan dagangan mafia dadah Russia) maka mereka dapat menakluki Afghanistan dengan cepat.

Setelah Afghanistan ditakluki, bisnes perladangan popi yang hampir berjaya dihapuskan telah kembali tumbuh pesat dengan sokongan AS dan NATO secara tertutup.

Satu dunia tahu sekarang Afghanistan adalah pengeluar popi nombor 1 di dunia, dan popi mereka memiliki kualiti paling bagus di dunia.

Tetapi hidup mereka tidak senang di sana sebab keluar saja dari pengkalan tentera mereka akan diserang secara gerila oleh pihak penentang pendudukan AS dan NATO tersebut.

Para pegawai tentera yang dilantik oleh kerajaan boneka AS dan NATO di Afghanistan amat korup hinggakan kebanyakan anggota tentera mereka tidak menentu gaji mereka sebab ‘disebat’ oleh pegawai mereka sendiri.

Pegawai-pegawai tentera juga telah ‘membelonkan’ jumlah anggota masing-masing dengan memasukkan nama anggota hantu dari kalangan adik beradik dan suku sakat mereka untuk ambil gaji percuma dari anggota hantu tadi.

Itu sebab ramai tidak mahu berperang ketika Taliban mula membuat serangan untuk menakluki kawasan yang dulunya adalah diperintah mereka sebelum AS dan NATO masuk.

Mereka lebih rela letak senjata dan menyerah sebab tak ada gunanya mati untuk pegawai yang akan lari dulu ketika ada masalah.

Bahkan presiden mereka sendiri melarikan diri ke luar ketika Taliban masuk ke Kabul.

Itulah dia bahaya dadah kepada negara.

Dan dadah adalah sisi lain kepada apa yang dinamakan menjaga ‘hak asasi manusia’, kebebasan ‘kaum wanita’ dan kaum ‘minoriti’.

Semuanya hanya slogan buat menutup aktiviti penyeludupan dadah dunia yang amat menguntungkan tersebut.

Oh ya, tak lupa Industri ketenteraan kompleks (Military-Industrial complex) AS menyedut banyak dana sehingga USD1 trillion lebih sepanjang 20 tahun mereka menduduki Afghanistan.

Ini alasan paling kukuh untuk cetak duit fiat USD banyak-banyak bagi dekat kawan-kawan ahli politik AS yang mana puak yang sama akan jadi pemberi dana untuk pilihanraya mereka di musim pemilihan.

Jangan baca di satu lapisan sahaja iaitu agamawi, ia adalah sebuah hal yang amat rencam sekali.

Dosa Taliban adalah kerana mereka nak perbetulkan kerosakan dalam masyarakat mereka sendiri akibat imperialisme AS dan NATO di tanah air mereka.

Wallahua’lam.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES