Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Ambil tahu langkah tepat perangi varian Delta
OLEH: HANA HADZRAMI
Sedih bila lihat angka kematian di luar hospital (BID) yang meningkat. Varian Delta ini bukan calang-calang Covid. Berganda lebih virulen dari virus Covid asal.
Bagaimana cara untuk pastikan anda yang sedang menjalani kuarantin rumah agar tidak tergolong dalam BID?
- Lakukan pemantauan kendiri. Periksa suhu, nadi, kadar pernafasan dan paras oksigen setiap hari
- Laporkan jika ada tanda amaran: demam berpanjangan lebih 5 hari, keletihan melampau, nafas laju lebih 25 per minit, paras oksigen kurang 95%
- Sekiranya anda perlu ke hospital namun ambulans tak sempat nak bawa; usah tunggu lama. Pergi terus ke kecemasan dengan kenderaan sendiri. Peneman atau pemandu hanya perlu memakai pelitup muka N95, face shield dan sarung tangan
Tolong elakkan ambil ubat sendiri. Dah ada kematian kerana mengambil ubat anti radang dari klinik seperti prednisolone dan azathioprine. Atau ubat anti parasit berdos tinggi, antibiotik dan ubat pencair darah.
Sedih bila tahu ubat-ubat ini di’prescribe’ oleh sebilangan doktor sendiri tanpa pantauan.
Tahukah anda, kami di hospital perlu pantau pesakit, periksa darah setiap hari dan pantau x-ray dada bersiri terlebih dahulu untuk memilih masa tepat sebelum memulakan anti radang?
Anti radang jika diambil pada peringkat viraemia boleh menerukkan lagi jangkitan Covid, bukan mengurangkannya.
Mungkin ada yang kata; saya ambil ubat tu elok je sihat? Itu testimoni dari anda yang hidup.
Bagaimana pula dengan testimoni mereka yang dah mati atau BID? Siapa boleh bercakap bagi pihak mereka?
Tolong, tolong dan tolong jangan bahayakan diri. Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sentiasa ada untuk membantu anda.
-THE MALAYSIA VOICE
** Dr. Hana Hadzrami merupakan Pakar Anestesiologi dari Hospital Kuala Lumpur
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)