
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Ismail Sabri bukan calon tepat, hanya akan teruskan kegagalan PN

OLEH: FAHMI FADZIL
Saya meneliti beberapa perbincangan di media sosial dan di kalangan para wartawan yang memberi andaian DS Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera bakal menjadi calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional, sekiranya TS Mahiaddin Md Yassin meletakkan jawatan esok.
Saya berpandangan ini adalah satu langkah salah yang tidak patut disokong Ahli-Ahli Parlimen, sama ada di pihak Pembangkang mahupun dari kalangan parti-parti Kerajaan.
DS Ismail Sabri sebagai seorang anak Pahang langsung tidak kelihatan mempertahan institusi Raja Berperlembagaan tatkala kenyataan Istana Negara 29 Julai lalu merakamkan rasa amat dukacita KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas tindak-tanduk ahli Jemaah Menteri yang ingkar titah perkenan Seri Paduka Baginda untuk membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen.
Memandangkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen, maka DS Ismail Sabri turut terlibat dalam keputusan Jemaah Menteri untuk tidak melaksana titah perkenan Seri Paduka Baginda tersebut.
Adakah ini tingkah laku seorang pemimpin yang patut diikuti, terutama oleh Ahli-Ahli Parlimen yang amat kuat mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan?
Bukan setakat itu, sebagai anggota kanan Jemaah Menteri, DS Ismail juga turut bersama bertanggungjawab di atas segala langkah dan dasar yang telah gagal dan secara langsung menjerumuskan negara kita ke dalam kancah dan kemelut yang kita saksikan hari ini.
Ini termasuklah ‘total lockdown’ separuh masak, SOP yang dikuatkuasa secara ‘Antara Dua Darjat’, dan kelewatan pemberian vaksin sehingga kita saksikan natijahnya setiap hari dengan jumlah kematian yang begitu tinggi.
Oleh itu, mereka yang menyokong seorang Ahli Parlimen seperti DS Ismail Sabri hanya menyokong diteruskan kegagalan Perikatan Nasional.
Malaysia perlukan tenaga baharu, konfigurasi kepimpinan baharu, malah mungkin juga sebuah jajaran baharu untuk memastikan kita mampu menyelesaikan masalah-masalah pandemik dan kebajikan rakyat secara menyeluruh dan bersama.
-THE MALAYSIA VOICE
** Fahmi Fadzil merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Fahmi Fadzil ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)