JUST IN

Teliti dahulu kempen ‘No Vaccine, No Entry’ sebelum laksanakannya

by | Aug 13, 2021 | Business, Local, Opinions | 0 comments

OLEH: MOHD EZQHALLEL

Ada cadangan untuk meletakkan notis di premis yang bertulis, “Hanya pelanggan yang telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera sahaja yang DIBENARKAN masuk.”

Kempen ‘No Vaccine, No Entry’ ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh.

Walaupun kempen ini tampak bertujuan untuk menggalakkan rakyat agar mengambil vaksin dan ‘menyindir’ kelompok anti vaksin, namun perlu diambil kira impaknya terhadap kelangsungan hidup rakyat dan juga ekonomi.

Andai kata terdapat golongan yang masih belum mendapat tarikh untuk menerima vaksin atau mengalami kesukaran untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerima vaksin secara ‘walk-in’, (sedangkan kempen tersebut telah pun dikuatkuasakan di seluruh negara) bagaimana golongan ini hendak membeli keperluan barang dapur untuk makan?

Hal ini kerana syarat memasuki premis pasar raya atau pusat beli belah perlu mendapat vaksin lengkap terlebih dahulu.

Walaupun sudah mendapat suntikan vaksin dos yang pertama, mereka tetap perlu menunggu 35 hari (21 + 14) untuk memenuhi syarat kempen tersebut dan kemudian barulah dapat membeli keperluan barang dapur untuk makan?

Mungkin nanti ada pula yang kata, boleh saja membeli makanan dan minuman secara pandu lalu atau menggunakan khidmat ‘runner’ atau applikasi seperti Grab, Food Panda, dan lain-lain.

Persoalannya, MAMPUKAH mereka BERGANTUNG HIDUP dengan cara sebegitu dalam tempoh yang tertentu?

Kesimpulannya di sini yang boleh dikatakan, jangan kerana 1 kebaikan yang hendak dicapai, 99 kebaikan yang lain terabai.

Fikir-fikirkanlah.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES