
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Adaptasi pendigitalan perkasakan usahawan wanita

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk membantu usahawan wanita bagi menguasai kemahiran di dalam e-dagang melalui program Women Netpreneur anjuran agensinya, SME Corp. Malaysia.
Program ini merupakan kerjasama di antara SME Corp. Malaysia dengan Gorgeous Geeks.
Selain daripada meningkatkan kemahiran di dalam e-dagang, usahawan wanita juga akan dapat meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui program ini.
Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, sumbangan signifikan usahawan wanita di dalam ekonomi tidak boleh diabaikan dan ianya penting untuk membantu golongan ini yang sedang terkesan dengan pandemik Covid-19.
“MEDAC amat komited di dalam memperkasakan kaum wanita dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.
“Dengan ini, kami akan terus menyokong program Women Netpreneur dengan mempergiatkan pelaksanaan sesi libat urus bersama usahawan wanita seperti sesi hari ini.
“Sehingga kini, seramai 2,280 usahawan wanita telah dilatih melalui program Women Netpreneur ini. Dari jumlah tersebut, 80 peratus peserta telah berjaya melanggan platform edagang seperti Facebook, Shopee dan Lazada untuk menjalankan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Berdasarkan Bancian Ekonomi Tahun 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, adalah didapati bahawa perniagaan milikan wanita telah menyumbang sebanyak RM69.1 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Selain itu, perniagaan milikan wanita juga telah mewujudkan sejumlah 786,132 peluang pekerjaan dengan penggajian sebanyak RM11.1 billion.
-THE MALAYSIA VOICE