JUST IN
Dokumen Perancangan Strategik KUSKOP 2025 dilancarkan
Malaysians prefer Maxim e-hailing: 5 reasons why
Nantikan impak Rob Friend dalam revolusi Harimau Malaya
The sweat shop working conditions for public hospital doctors
Malaysia sees a rise in people with mental health issues
Kane vs Lewandowski di Bayern – versi mana lebih hebat?
Trying to earn respect by the use of deceit
Don’t take anyone or anything in life for granted
Watak-watak BoBoiBoy kian berkembang, punyai ‘arc’ masing-masing
Warga asing bersesak di pusat vaksin salah siapa?
OLEH: AEMIERULRIZAKI RAMBLI
Beberapa hari lalu saya ada membuat video ‘live’ di Facebook berkenaan warga asing yang membanjiri pusat vaksin di Stadium Bukit Jalil.
Saya asalnya hadir membawa pekerja asing saya ke sana untuk divaksin. Malangnya seawal jam 8 pagi, sudah habis 3,000 kuota untuk suntikan pada hari tersebut.
Kami yang mendapat iklan suntikan tidak dimaklumkan pula kuota hanya ada 3,000 suntikan sahaja sehari.
Saya amat terkejut apabila ribuan warga asing berpusu-pusu masuk ke pusat vaksin namun kecewa akibat habis kuota.
Apa yang lebih mengejutkan adalah kehadiran warga asing dari seluruh Malaysia menjelang beberapa hari ini.
Sebenarnya suntikan ini hanya untuk mereka yang bekerja di Lembang Klang sahaja. Tetapi disebabkan pengusaha atau tauke yang tamak, mereka sanggup menipu dan menyewa bas untuk membawa pekerja mereka ke Kuala Lumpur.
Peliknya, bagaimana mereka boleh rentas sempadan?
Apa yang berlaku dan menakutkan apabila lambakan warga asing ini bersesak-sesak seperti video yang turut dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Itulah yang saya maklumkan tempoh hari di mana kegagalan kerajaan merancang mengakibatkan malapetaka bakal berlaku.
Bayangkan ribuan warga asing ini yang gagal mendapat vaksin, mengambil kesempatan untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ sambil bersia-siar di sekitar Kuala Lumpur. Mereka berpelukan, berpegangan tangan, berkumpul ramai-ramai bertemu kawan-kawan senegara.
Adakah kerajaan tahu siapa di antara mereka pembawa wabak Covid yang sudah bermacam-macam jenis varian sekarang?
Saya jelas tidak menyalahkan warga asing. Sebaliknya, kerajaanlah yang bertanggungjawab menyebabkan kekalutan ini berlaku. Sikap sambil lewa kerajaan bakal menyebabkan musibah yang sudah tak terkawal ini menjadi lebih teruk.
Semua ini adalah akibat daripada kegilaan kerajaan yang berpolitik 24 jam sehari dan membuat pelbagai tindakan yang pada mereka boleh ‘membeli jiwa rakyat’ tetapi sebaliknya apa yang berlaku bakal membunuh rakyat.
Kerajaan hanya pentingkan kedudukan dan kerusi mereka dipertahankan. Rakyat sekarang pula tak lebih daripada mayat hidup yang menunggu jadi bangkai!
Warga asing mereka tak tahu apa-apa. Mereka hanya berjalan mengikut arus yang kerajaan kita corakkan.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)