
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
‘Tangan terbang’ Kepa hadiahkan Chelsea trofi Super UEFA

Penjaga gol simpanan Chelsea, Kepa Arrizabalaga muncul sebagai wira menyelamatkan dua percubaan dalam penentuan penalti merebut kejuaraan Piala Super UEFA yang berlangsung di Belfast, Ireland Utara, pagi tadi.
Kepa yang sempat masuk menggantikan penjaga gol utama, Edouard Mendy pada penghujung babak tambahan atas perubahan taktikal jurulatih, Thomas Tuchel, lantas membalas kepercayaan itu dengan cemerlang menafikan penalti daripada pemain Villarreal, Aissa Mandi dan Raul Albiol dengan keputusan yang berakhir 6-5 memihak Chelsea.
Terlebih dahulu, kedua-dua pasukan sebelum itu terikat dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Hakim Ziyech (Chelsea) pada minit ke 27’ dan Gerard Moreno (Villarreal) di tempoh masa 73’ sebelum babak tambahan dan penalti jadi pertaruhan.
Keupayaan Arrizabalaga untuk menyelamatkan penalti sememangnya diketahui dan terbukti sejak dia menyertai Chelsea pada 2018.
Malah, Tuchel sendiri turut mengakui betapa kredibiliti penjaga gol kelahiran Sepanyol itu untuk menyelamatkan penalti di saat-saat genting telah sedia ada dalam pengetahuan perancangan taktikalnya.
“Kepa mempunyai kadar peratus lebih baik dalam menyelamatkan sepakan penalti. Pakar analisis dan jurulatih penjaga gol menunjukkan saya data berkenaan.

“Kami bercakap dengan pemain bahawa perkara ini akan berlaku ketika saingan kalah mati,” ujarnya.
Kejayaan ini secara tidak langsung berjaya menamatkan badi kekalahan pasukan dari London itu setelah tiga kali gagal melakukannya pada saingan yang sama pada tahun 2019 (tewas 4-5 penentuan penalti kepada Liverpool), 2013 (tewas 4-5 penentuan penalti kepada Bayern Munich) dan 2012 (kalah 1-4 kepada Atletico Madrid).
Kali terakhir Chelsea menjulang Piala Super UEFA ialah pada 1998, iaitu 23 tahun yang lalu hasil kemenangan 1-0 ke atas Real Madrid.
Piala Super UEFA merupakan perlawanan bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh UEFA dan ditandingi oleh juara bertahan kedua-dua pertandingan utama kelab Eropah iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Europa.
-THE MALAYSIA VOICE