
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
PSM bidas Tengku Zafrul jangan kelirukan rakyat

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan melonggarkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk peralihan dari Fasa 2 ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Merujuk kepada kenyataan Menteri Penyelaras PPN, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau akan menggunakan data proksi kes kemasukan hospital baharu bagi kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 dan bukan lagi jumlah kes harian.
Bagi Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugam, tindakan itu dianggap ke belakang yang akan memudaratkan lagi keadaan apabila tahap berjaga-jaga dan penguatkuasaan dilonggarkan tanpa asas yang kukuh.
“Nampaknya Menteri bekas ahli perbankan ini mula tunduk kepada desakan sektor korporat untuk menamatkan PKP dan beralih ke Fasa 3 dan 4 dengan secepat mungkin.
“Maka beliau bertindak dengan mengunakan indikator bilangan kes kategori 3, 4 dan 5 (yang lebih rendah) berbanding dengan jumlah bilangan jangkitan harian (yang tinggi angkanya) agar ianya memberikan bayangan palsu bahawa keadaan jangkitan tidak begitu serius,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Tambah Sivarajan, tindakan untuk mengabaikan jumlah kes jangkitan dan hanya mengambil angka kes kategori 3,4 dan 5 adalah satu langkah yang amat tidak bertanggungjawab dan memberikan tanggapan palsu kepada rakyat bahawa jangkitan Covid di daerah dan negeri terlibat semakin pulih.
“PSM mendesak kerajaan PN agar jangan menipu rakyat dengan mengaburkan fakta sebenar demi membuka semua sektor ekonomi dengan tergesa-gesa.
“Tindakan sedemikian akan menekan lagi kapasiti sistem perkhidmatan hospital awam kita yang telahpun dibanjiri pesakit,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE