
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Bagaikan mimpi! Messi milik Paris Saint-Germain kini realiti

Sukar untuk dipercayai dan ia umpama bermimpi apabila melihat pemain bola sepak terhebat dunia, Lionel Messi yang setia bersama Barcelona selama 21 tahun akhirnya benar-benar meninggalkan kelab Catalan tersebut.
Messi kini sah secara rasminya diikat kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain milik jutawan Qatar, Nasser Al-Khelaifi dengan kontrak selama dua tahun.
Sumber media melaporkan bahawa bintang kelahiran Argentina itu bakal menerima pendapatan sekitar £25 juta hingga £30 juta (RM146.53 juta-RM175.83 juta) semusim di Parc des Princes.
Desas-desus perpindahan pemain paling ikonik La Liga Sepanyol itu bukan lagi rahsia setelah pelbagai spekulasi mula tercetus sejak musim lepas lagi yang mendedahkan Messi turut tidak sefahaman dengan bekas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.
Meskipun Presiden baharu, Joan Laporta telah mengambil alih dan berjaya menguruskan situasi dengan baik, ia jelas masih tidak memadai untuk mengekalkan Messi apabila kelab berkenaan turut terikat dengan peraturan Financial Fair Play (FFP) liga.
Difahamkan, Barcelona dalam kedudukan berisiko kerana telah melanggar had ekonomi dan struktur kewangan yang ditetapkan La Liga berikutan gaji Messi yang terlalu tinggi di samping faktor ketidakstabilan perbelanjaan kelab.
Sepanjang tempoh bersama Barcelona, Messi telah melakar pelbagai kejayaan seperti juara La Liga (10 kali), Copa Del Rey (7 kali), Supercopa De Espana (8 kali), Liga Juara-Juara Eropah (4 kali), UEFA Super Cup (3 kali) dan Club World Cup (3 kali).

Messi turut merekodkan pencapaian peribadi yang sukar ditandingi mana-mana pemain lain setelah beraksi dalam keseluruhan 778 perlawanan dengan 672 gol dan 305 ‘assists’ selain dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia Ballon d’Or sebanyak 6 kali.
Selamat maju jaya di PSG, Messi!
-THE MALAYSIA VOICE