DO FOLLOW
Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Facing the challenges of the B40 community
A Kok and Bull-y story
Learn lessons from 1MDB debacle
Rivers as a source of life
Websites with prohibited content to be monitored
Jakim’s irrelevance beginning to show
Policies that are a hindrance to progress
Watak Les Grossman bantu lonjak nama Tom Cruise. ‘Spin-off’’ bakal menyusul?
Flag Football: An Emerging Sport in Malaysia
Pencapaian Olimpik cerminan kekuatan dan kemegahan sesebuah negara
OLEH: AYMAN RASHDAN WONG
Dengan itu, Olimpik 2020 melabuhkan tirai.
Jepun selaku tuan rumah mendapat kedudukan carta pingat terbaik dalam sejarahnya iaitu tempat ke-3.
Sama dengan Olimpik Tokyo 1964 malah jumlah pingat lebih banyak (29 pingat, 16 emas waktu itu). Berbaloilah segala pengorbanan dan kerugian.
Tempat pertama dan ke-2 masih dibolot oleh Amerika Syarikat (AS) dan China. Kalau ikutkan, AS dan China juga merupakan negara nombor 1 dan 2 dalam ekonomi dan ketenteraan.
Benda ini bukan kebetulan. ‘Sports is an alternative to war’. Dari perspektif negara-negara kuasa besar, sukan bukan pertandingan semata-mata tapi juga berkaitan soal ‘national glory’, dan temasya peringkat dunia seperti Olimpik adalah medan untuk mempamerkan ‘soft power’ masing-masing.
Di zaman Yunani purba, negara kota besar seperti Athens dan Sparta menjadikan Olimpik sebagai medan untuk menonjolkan keunggulan sistem politik mereka.
Athens yang mengamalkan demokrasi dan Sparta yang mengamalkan autokrasi masing-masing nak tunjuk sistem mereka adalah terbaik dalam melahirkan manusia yang sihat, kuat dan cergas.
Olimpik moden pun sama. Di zaman Perang Dingin (1948-1991), Olimpik menjadi medan perlumbaan AS dan USSR (Soviet Union) yang merupakan dua adikuasa (superpower) dunia. Satu kapitalis liberal, satu komunis totalitarian. Masing-masing nak menguasai dunia malah luar angkasa.
Dua negara ini membolot johan dan naib johan Olimpik dari 1952 hingga 1992, kecuali Olimpik 1980 yang diboikot oleh AS (sebagai protes terhadap pencerobohan USSR ke atas Afghanistan bermula tahun 1979).
AS johan 1952, 1964, 1968, 1984. USSR johan 1956, 1960, 1972, 1976, 1980, 1988, 1992.
Selepas kejatuhan USSR, Rusia sebagai negara pewaris USSR masih menduduki tempat ke-2 selepas AS pada 1996 dan 2000, sehingga China muncul sebagai naib johan pada 2004 dan johan pada Olimpik 2008 yang diadakan di Beijing, sebelum AS kembali menjadi johan pada 2012 dan 2016.
AS dan China juga mewakili dua sistem yang berbeza. Bukan saja berbeza dari segi sistem politik dam ekonomi, malah sistem pelatihan atlet.
Sistem AS berasaskan individu, China pula berasaskan negara. Atlet di China dihantar ke sekolah sukan seawal umur 6 tahun untuk dilatih menjadi pemenang pingat emas bagi China. Soal utama adalah ‘glory’, kebajikan atlet soal kedua.
Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi nombor 2 dunia sejak 2010-an (dengan mengatasi Jepun) lagi membuat orang China memandang berat soal ‘glory’. Sebab itu orang China ‘tak rileks’ dan sukar menerima kekalahan.
Kita dapat perak pun bersyukur. Tapi bagi rakyat China, perak itu kira gagal dan memalukan. Lebih-lebih lagi kalau dapat perak akibat kalah dengan Chinese Taipei (dalam acara badminton beregu lelaki) dan Jepun (ping pong beregu campuran) yang dianggap musuh tradisional.
Yang menariknya, Chinese Taipei mencatat keputusan terbaiknya dalam sejarah dengan memungut 12 pingat (2 emas 4 perak 6 gangsa), memecah rekod 5 pingat pada 2000 dan 2004.
Bagi sebuah entiti yang kekurangan pengiktirafan antarabangsa, pencapaian ini memberi semangat kepadanya untuk terus mempertahankan identitinya.
Olimpik Paris 2024 nanti pun pasti akan dimanfaatkan oleh Perancis untuk mengembangkan ‘soft power’ dan pengaruhnya, lebih-lebih lagi di era pasca Brexit dan pasca Merkel yang memberi ruang kepada Perancis untuk kembali jadi negara dominan di Eropah.
Akan ada persaingan antara Perancis, Britain dan Jerman untuk dapat tempat ke-3.
Negara yang melihat sukan sebagai sukan semata-mata, dan mengukur sukan dari segi ‘cost-benefit’, tak akan pergi jauh dalam sukan antara negara.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)