
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Korban Covid-19 ketika hamil, ramai titip doa pemergian Sarah Raissuddin

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, yang juga isteri kepada pelakon komedi, Shahmira Muhamad (Shuib Sepahtu), disahkan telah meninggal dunia dan menghembuskan nafas yang terakhir pada awal 5:13 pagi tadi.
Perjalanan Siti Sarah ke ‘alam abadi’ mendapat liputan meluas sejak minggu lepas setelah ramai masyarakat mengikuti perkembangan semasa dirinya.
Lebih-lebih lagi apabila dia bukan sahaja perlu bertarung nyawa dengan bahaya jangkitan Covid-19 yang dihadapi, malah turut merisikokan antara hidup dan mati menjalani pembedahan awal mengeluarkan bayi di dalam kandungan yang berusia mencecah 8 bulan atas nasihat doktor.
Pembedahan selamat, anak keempat pasangan berkenaan dinamakan Ayash Affan yang juga bayi lelaki berjaya dikeluarkan pada 6 Ogos yang lalu.
Namun, paras oksigen Siti Sarah yang semakin menurun meletakkannya dalam keadaan kritikal. Dia terpaksa ‘ditidurkan’ dan setelah tempoh 65 jam berlalu, ajal akhirnya menjemput Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketika ditemui media, suaminya Shuib mengakui cemburu (bersyukur) setelah mendapat tahu bahawa terlalu ramai pihak luar yang dikenali serta tidak dikenali telah menitipkan doa buat almarhumah isterinya.
“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.
“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya cemburu dengan pemergiannya,” katanya.
Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pukul 1.20 tengah hari tadi.
-THE MALAYSIA VOICE