
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Kayuhan perak The Pocket Rocketman akhiri cabaran Malaysia di Olimpik Tokyo

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan untuk membutirkan sekurang-kurangnya satu lagi pingat buat kontinjen Malaysia hasil kejayaannya menduduki tempat kedua dalam saingan akhir acara keirin Olimpik Tokyo, hari ini.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu, Azizulhasni terlebih dahulu mengungguli saingan peringkat suku akhir di tempat kedua dalam saringan ketiga di belakang pelumba Jepun, Yuta Wakimoto serta di kedudukan pertama bagi saringan kedua separuh akhir yang sekaligus memastikan kemaraannya ke final.
Cabaran sebenar akhirnya dihadapi beliau yang turut mesra disapa sebagai Jijoe yang menjadi satu-satunya wakil Asia berdepan lima pelumba handalan lain di peringkat akhir iaitu penyandang juara Rio 2016 – Jason Kenny (Great Britain), juara dunia – Harrie Lavreysen (Belanda), Matthew Glaetzer (Australia), Jair Tjon En Fa (Surinam) dan Maximilian Levy (Jerman).
Pada aksi final itu, Kenny mempamerkan kejutan apabila memilih taktikal untuk melakukan pecutan awal meninggalkan pelumba-pelumba yang lain.
Kayuhan sederhana yang dilakukan Glaetzer yang berada di belakangnya juga sedikit sebanyak merencatkan strategi pencabar lain termasuklah Azizulhasni di mana jarak yang begitu besar dilihat memerangkap kelompok pelumba yang ketinggalan.
Di saat kedudukan Azizulhasni seolah-olah nampak seperti mengekalkan warga pingat di edisi Olimpik lima tahun yang lalu, dia ternyata memilih untuk tidak mengalah dan bangkit di saat-saat akhir untuk mengenepikan pencabar terdekat, Lavreysen.

Kejayaan itu sekaligus memperbaiki pencapaiannya dengan meraih pingat perak dan mengakhiri cabaran Malaysia selaku atlet terakhir yang bersaing pada hari penutup temasya Olimpik Tokyo.
Dari gangsa ke perak. Selepas ini di Olimpik Paris 2024, bertukar ke emas pula. Siapa tahu?

Tahniah dan terima kasih daripada kami 32 juta rakyat Malaysia, The Pocket Rocketman!
-THE MALAYSIA VOICE