Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
HRD Corp buka tempahan vaksinasi kepada majikan syarikat swasta
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kini telah membuka tempahan Program Vaksinasi Tenaga Kerja Nasional (PROTEK) yang merupakan inisiatif program vaksinasi Covid-19 untuk syarikat swasta.
HRD Corp berkata, tempahan yang telah dibuka sejak 1 Ogos baru-baru ini adalah selaras dengan usaha pihaknya untuk menyokong majikan dalam melindungi pekerja dan menjamin kelangsungan operasi perniagaan.
“Majikan dapat menikmati kemudahan menempah vaksin terus di laman web HRD Corp, menerima pemberian vaksin di lokasi yang paling sesuai untuk saiz dan keperluan organisasi atau membayar kos vaksin dengan penolakan terus levi pembangunan sumber manusia bagi majikan yang berdaftar dengan HRD Corp,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah HRD Corp, vaksin Covid-19 menerusi PROTEK yang bakal diberikan kepada syarikat swasta terlibat juga ditawarkan pada harga paling kompetitif dalam pasaran.
“Anda boleh mula menempah vaksin anda di protek.hrdcorp.gov.my. Bertindak sekarang!” katanya.
PROTEK adalah sebahagian daripada inisiatif pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu.
Objektif pelaksanaan PROTEK adalah seperti berikut:
- Mempercepat pelaksanaan vaksinasi awam oleh pemerintah dengan memberikan pilihan lain yang efektif untuk merancakkan program vaksinasi pekerja kepada perniagaan
- Menyokong barisan hadapan ekonomi dan industri utama seperti perkhidmatan, pembuatan serta perlombongan dan penggalian dalam menjaga kesihatan serta keselamatan pekerja sambil memastikan perniagaan terus berjalan
- Memenuhi permintaan yang dibuat oleh majikan yang berdaftar dalam memberi jalan untuk memvaksinasi pekerja dengan cepat dan menggunakan pendapatan mereka bagi melakukannya
- Menyokong hasrat kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun 2021
-THE MALAYSIA VOICE