JUST IN

Contohi semangat juang atlet kecil berjiwa besar dari China

by | Aug 6, 2021 | Opinions, Sports | 0 comments

OLEH: REDZWAN AZIZAN

Quan Hongchan adalah seorang budak kecil di China yang masuk pertandingan untuk mencari dana bagi merawat ibunya yang sakit.

Pada tahun 2014 ketika berusia 7 tahun, beliau baru menceburkan diri dalam bidang terjunan dan berlatih bersungguh-sungguh.

Pada tahun 2018 pula, beliau menyertai pasukan wilayahnya Guangdong Provincial Team.

Walaupun China mempunyai barisan bakat yang hebat dalam acara ini, namun Quan Hongchan dilihat luar biasa. Lambat masuk tetapi meningkat dengan cepat.

Pada 4 Oktober tahun 2020, beliau mengalahkan ramai jagoan lain dalam acara 10 meter platform wanita di kelayakan Olimpik dan menang kejohanan di Shijiazhuang Station dengan 28 mata mengatasi pencabar terdekatnya.

Dari pusingan kelayakan dan separuh akhir memang dah nampak komited fokus dan konsisten dia dan rakan senegaranya.

Satu dunia mengecam sebab macam tak adil China hantar budak dengan berat yang sangat ringan.

Tapi pada saya, negara lain pun boleh hantar budak-budak. Namun bukan senang nak cari yang berpengalaman. Ini memang ‘well trained’ dan ‘train hard’.

Dalam peringkat akhir temasya Olimpik semalam, beliau konsisten membuat terjunan-terjunan yang hebat sehingga dalam suatu pusingan mendapat ‘perfect score’ 10 mata daripada semua juri.

Kesimpulan kecil, kesusahan mengajar kita erti sebuah kejayaan. Kena berjaya untuk ubah hidup. Mungkin masa dia nak terjun, dia ingat kepada ibunya yang sakit. Siapa tahu?

Sebar luaskan lagi. Jadikan pengajaran buat anak-anak kita yang masih kecil dan membesar.

Sukan mendidik motivasi, semangat berjuang dan disiplin. Kejayaan mengubah kehidupan.

Bagi pasukan China ni saya tak tahulah, mungkin bakat-bakat dimiliki mereka yang berumur 13 hingga 16 tahun itu ramai. Lepas ini agaknya hantar lagi antara sekitar umur begitu sahaja?

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES