
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Potensi ubat Ivermectin: Lebih baik pandai dari memandai-mandai

OLEH: SHAHRIL HAMDAN
Mengapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan minta Menteri ketepikan prosedur data dan sains?
Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit – eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar.
Dalam hal meluluskan penggunaan sesuatu ubat, eloklah juga akur kepada sistem kelulusan yang telah terbina dan ditambahbaik selama berpuluh tahun.
Adakah Ivermectin berkesan untuk merawat Covid-19? Semestinya saya tidak tahu. Hanya data dan pakar perubatan dalam bidang yang tahu mentafsir data wajar membuat rumusan dan pendirian.
Yang kita tahu, pakar perubatan ada pandangan berbeza tentang potensi Ivermectin setakat ini, tetapi majoriti besar setuju bahawa data belum mencukupi untuk suatu tahap keyakinan penggunaan tanpa kesan sampingan yang serius.
Apatah lagi, andai selamat untuk menggunakan untuk tujuan rawatan Covid sekalipun, belum ada kesepakatan saintifik tentang soalan asas penggunaan.
Misalnya, apa dos yang betul? Bila waktu sesuai digunakan kepada pesakit? Sebagai pencegah? Sewaktu tahap 1? Tahap 2? Tahap 4? Berapa lama rawatan?
Ini semua soalan asas yang penting untuk ada jawapan hakiki dan mutlak. Sekali lagi yang boleh menjawab soalan-soalan ini bukan ahli politik, tetapi pakar perubatan dalam bidang yang sepatutnya.

Di Malaysia, ujian klinikal sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan berakhir bulan depan. Keputusan ujian tersebut akan dibentangkan bulan September nanti.
Ada beberapa negara telah mencuba penggunaan Ivermectin untuk Covid, tetapi jauh lebih banyak yang belum bersedia meluluskan. Yang sering dirujuk adalah India. Tetapi kerajaan India juga baru-baru ini telah memberhentikan penggunaan Ivermectin untuk merawat Covid.
Kelulusan di Malaysia akan melalui prosedur Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah KKM. NPRA tidak akan meluluskan produk tanpa perincian yang mendalam.
Dalam ‘group’ WhatsApp, Facebook, mungkin terbaca teori ini dan itu. Itulah realiti media sosial hari ini.
Tetapi sesiapa pun yang menjadi kerajaan, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh buat keputusan mengikut teori dan andaian, ataupun populariti hasil desakan ahli politik.
Sebaliknya, mesti buat keputusan dan kelulusan mengikut prosedur, data dan sains. Ini bukan bab SOP PKP, pakej ekonomi dan lain-lain yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan ke atas rakyat.
Saya kira ramai yang boleh terima rasional ini. Tetapi dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, nampak mereka menolak rasional asas ini.
Sebaliknya dalam keghairahan menyerang Menteri Kesihatan dalam Dewan, mereka (Kota Raja, Shah Alam, Sg Buloh, Sg. Petani, Bayan Baru, Selayang, Batu) berperilaku tidak bertanggungjawab sewaktu ditonton rakyat dengan mendesak agar Ivermectin digunakan segera, dan agar Menteri ‘bypass’ atau ‘overrule’ prosedur dan NPRA.

Ada implikasi besar apabila Ahli Parlimen yang bukan doktor, bukan pakar, tetapi berpengaruh di mata rakyat, bertindak sebegini.
Sehingga sanggup mendesak agar Menteri menggunakan ‘kuasa eksekutif’ untuk mengetepikan prosedur yang dibina untuk memelihara keselamatan rakyat tak kira siapa yang jadi Menteri.
Dalam erti kata lain, menolak sistem dan prosedur kelulusan, menolak peranan penjawat awam dan pakar perubatan yang tidak terikat pun dengan mana-mana parti politik.
Diakui, bekas Menteri Kesihatan, YB Dr Dzulkefly Ahmad tidak terikut rentak ini. Diharapkan beliau boleh main peranan mendidik rakan-rakannya dalam PH untuk sama bertanggungjawab.
Jikapun seronok menghentam di Parlimen, tak semua yang nampak bulat itu mesti ditendang.
-THE MALAYSIA VOICE
** Shahril Hamdan merupakan Ketua Penerangan UMNO
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Shahril Hamdan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)