
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Amaran untuk pelancong di Kanada jauhi mercu Dildo

Pihak berkuasa di wilayah Newfoundland and Labrador, Kanada melaungkan amaran kepada pelancong-pelancong yang hadir agar menjauhi mercu tanda Dildo yang gah terpampang di sebuah bukit berhadapan pekan berkenaan.
Menurut jurucakapnya, Andrew Pretty, percubaan untuk memanjat dan mendekati papan tanda bertulis Dildo berkenaan sering dilakukan pelancong semata-mata hendak merakam swafoto secara dekat.
Tindakan itu dianggapnya keterlaluan berikutan ketinggian 45 meter bukit berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan mereka, malah kawasan tersebut telah diwartakan sebagai milik persendirian yang membolehkan penceroboh akan didakwa.
Justeru, pelancong diingatkan untuk hanya mengambil gambar dari jauh sahaja.
Papan tanda yang didirikan sejak 2019 oleh Datuk Bandar Kehormat Dildo, Jimmy Kimmel itu berjaya menarik perhatian umum kerana rekaan dan tulisannya mirip mercu tanda Hollywood di Mount Lee, Los Angeles.
Publisiti papan tanda Dildo yang dihebahkan oleh Jimmy Kimmel melalui rancangan bual bicaranya, Jimmy Kimmel Live juga secara tidak langsung telah menambahkan lagi populariti mercu di pekan kecil tersebut.
Selain itu, nama unik pekan Dildo yang sinonim kepada sebuah alat mainan seks terkenal turut menjadikan lokasi di Kanada ini tiba-tiba sahaja glamor.
Difahamkan, beberapa pihak telah cuba melancarkan kempen dan usaha untuk mengubah nama pekan Dildo sejak dahulu lagi namun semuanya tetap menemui jalan buntu.
-THE MALAYSIA VOICE