
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Rebut peluang vaksinasi ‘walk in’ di Lembah Klang hingga 22 Ogos ini

Di sebalik kebimbangan lonjakan mendadak kes Covid-19 di kawasan Lembah Klang sejak akhir-akhir ini, wujud pula manfaat keutamaan program vaksinasi secara besar-besaran yang akan diberikan khusus buat penduduk di wilayah berkenaan iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), inisiatif vaksinasi ‘walk-in’ ini bagaimanapun hanyalah untuk golongan yang tercicir dan masih belum mendapat janji temu, dan bukannya untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.
Baik warga tempatan mahupun warga asing, tidak ada yang terkecuali dan kesemuanya yang berusia 18 tahun ke atas masing-masing layak untuk menerima suntikan vaksin mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
“Pada 2 hingga 4 Ogos, pemberian vaksin adalah khusus untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti).
“Selepas tarikh itu iaitu bermula 5 hingga 22 Ogos pemberian vaksin adalah terbuka untuk warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
“Pemberian vaksin untuk warga asing berusia 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 12 hingga 22 Ogos.
“Masa ‘walk in’ bermula pukul 2 petang dan mereka perlu mengemukakan dokumen sebagai bukti mereka menetap di Lembah Klang sama seperti warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sebanyak 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih dan Program Jangkau Luar Komuniti (outreach programme) ke kawasan pinggiran Lembah Klang akan menggerakkan inisiatif vaksinasi ini.
-THE MALAYSIA VOICE