JUST IN
Transforming mental health education with XR and AI
One Mount to invest in building Blockchain Layer 1 network in Vietnam
Bakat Akmal Rizal pernah diintai Klopp dan beberapa kelab ternama liga Jerman
ASEAN to push for win-win tourism
Those who forget the past are condemned to repeat it
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
4 helai warkah istana, Muhyiddin ‘checkmate’
OLEH: NORMAN RADZUAN
Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berbalas surat, satu dunia tahu kisah Muhyiddin.
Pada Khamis lalu ketika Parlimen bersidang, ‘warkah’ istana (siaran akhbar) dapat dibaca di laman sosial. Ia menjurus kepada penangguhan sidang Parlimen apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat malu dan dianggap derhaka oleh rakyat Malaysia kepada Ketua Negara, Agong.
Warkah itu adalah titah baginda yang sangat dukacita apabila pembatalan darurat tanpa melalui proses perlembagaan atau yang telah dipersetujui.
Akhirnya, media seluruh dunia memuatkan berita tersebut sekaligus memberi impak negatif kepada ekonomi serta pelaburan antarabangsa.
Petangnya dari PMO pula membalas surat baginda. Dalam warkah tersebut menyatakan baginda mesti mendengar nasihat Jemaah Menteri. Seolah-olah surat tersebut menyatakan Raja hanyalah sekadar ‘boneka’ yang tugasnya menandatangani perintah Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Keberanian surat PMO membalas warkah baginda sungguh mengejutkan dan dianggap penderhakaan.
Keesokan harinya pula, tersebar di media-media sosial warkah dari istana membalas surat PMO tersebut. Dari dua helai, kini menjadi empat helai dan lebih ‘detail’ bukan sahaja untuk dibaca oleh Jemaah Menteri tetapi rakyat.
Jika benarlah warkah itu datang dari pihak istana, Muhyiddin wajar berhenti segera. Manakala Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata Muhyiddin bersalah.
Muhyiddin, Takiyuddin dan anak Harun sekarang kena ‘checkmate’ apabila muncul warkah terbaru baginda (jika benar keaslian). Angin bertiup kencang dari dalaman parti Bersatu dan UMNO mahukan Muhyiddin dan Takiyuddin meletakkan jawatan.
Persoalannya, Muhyiddin mengapa perlu pertahankan jawatan anda?
Anda kini dilihat derhaka kepada Raja-Raja Melayu hingga diminta oleh parti untuk berundur bersama Takiyuddin.
Cukup-cukuplah anda Muhyiddin menggunakan darurat, Covid-19, ‘speaker’ dan Kementerian Kesihatan untuk pertahankan kuasa. Berjiwa besarlah Tan Sri demi utk rakyat.
Jalan songsang yang anda pilih untuk menjadi Perdana Menteri ini akan terus menghantui anda.
Anda bukan sahaja membuatkan negara ini dalam krisis perlembagaan, tetapi turut mengundang krisis dengan pihak istana di saat rakyat sengsara impak kegagalan anda menguruskan pandemik ini.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)