JUST IN
The sweat shop working conditions for public hospital doctors
Malaysia sees a rise in people with mental health issues
Kane vs Lewandowski di Bayern – versi mana lebih hebat?
Trying to earn respect by the use of deceit
Don’t take anyone or anything in life for granted
Watak-watak BoBoiBoy kian berkembang, punyai ‘arc’ masing-masing
Transforming mental health education with XR and AI
One Mount to invest in building Blockchain Layer 1 network in Vietnam
Bakat Akmal Rizal pernah diintai Klopp dan beberapa kelab ternama liga Jerman
Sidang Parlimen ditangguhkan lagi
Sidang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya dilangsungkan semula esok kini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru yang bakal ditetapkan kemudian berikutan kes positif Covid-19 yang dikesan berlaku dalam kalangan petugas di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, semalam.
Menurutnya, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang sudah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.
“KKM berpendapat bahawa Parlimen adalah lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19.
“Oleh itu, saya diarahkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021,” katanya.
Dalam sidang media baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 11 kes positif Covid-19 telah dikesan di Parlimen hasil ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas seramai 1,183 individu yang hadir dan berada di Parlimen.
Jelasnya, pasukan kesihatan akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen berikutan pengesanan kes-kes positif Covid-19 tersebut.
-THE MALAYSIA VOICE