Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Aaron Chia-Wooi Yik butir pingat pertama negara di Olimpik Tokyo 2020
Kontinjen Malaysia akhirnya menghadirkan khabar gembira dari Jepun dengan kejayaan pasangan beregu lelaki badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memenangi pingat gangsa setelah genap tempoh seminggu temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung.
Dalam aksi penentuan tempat ketiga di Musashino Forest Sports Plaza semalam, Aaron Chia-Wooi Yik mempamerkan kebangkitan menakjubkan meskipun tewas pada set pertama terlebih dahulu dengan mata akhir 17-21.
Pasangan muda negara ini seterusnya mengungguli set kedua dan ketiga untuk menafikan kemaraan juara dunia tiga kali dari Indonesia itu dengan keputusan 21-17, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.
Ia sekaligus menjadi misi dendam terbalas buat Aaron Chia-Wooi Yik yang terdahulu pernah tewas kepada pasangan yang sama 16-21, 19-21 di aksi peringkat kumpulan sebelum ini.
FOTO – AFP
Pencapaian beregu negara yang berada di ranking ke-9 dunia ini cukup manis memandangkan ia merupakan penampilan sulung mereka di pentas Olimpik.
Malah, kehebatan Aaron Chia-Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa juga terbukti bukanlah disebabkan nasib semata-mata kerana mereka turut berjaya menumbangkan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di peringkat suku akhir.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan pasangan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin turut melakar sejarah memenangi emas pertama sukan badminton buat negara mereka dengan mengenepikan cabaran gandingan China, Liu Yuchen- Li Junhui dengan keputusan ‘straight set’ 21-18, 21-12.
-THE MALAYSIA VOICE