JUST IN
ASEAN to push for win-win tourism
Those who forget the past are condemned to repeat it
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Dilema guru didik pelajar kejar kemewahan berbanding ilmu
OLEH: CIKGU ZAHRAN
“Cikgu, bapa saya cakap kalau gagal pun masih boleh kaya.”
“Cikgu baca tak buku Kiyosaki bertajuk Why A student work for C student.”
“Lagipun pengasas Facebook pun ‘droput’ tapi dia antara manusia terkaya sekarang.”
Cikgu pasti terpana dan terkesima jika situasi ini berlaku.
Sekarang pun bibit-bibit kemewahan sebagai kejayaan sudah dipahat dalam sanubari generasi baru.
Guru bertungkus-lumus meninggikan taraf ilmu. Lalu mengambil contoh yang paling mudah difahami iaitu jika mempunyai ilmu maka jalan di hadapan semakin terang.
Demikianlah bila harta menjadi penanda aras kejayaan.
Si kaya yang kurang ilmu, hilang adabnya. Adab tidak boleh dibeli dengan segunung wang pun.
Namun guru kini semakin dilema. Kerana ramai di luar sana termasuk tokoh terkenal, menjadikan kekayaan sebagai definisi kejayaan. Lalu muncul lah contoh-contoh yang dominan seperti gagal sekolah pun masih boleh jadi jutawan.
Meresapi unsur-unsur materialistik sebagai pedoman hidup, pendidikan tidak lagi menjadi pilihan lantaran ibu bapa mahu melahirkan anak-anak yang ada harta. Anak-anak diajar dengan kuasa kekayaan. Ilmu dan adab, serta didikan agama terbenam ke laut dalam.
Institusi pendidikan adalah pusat melahirkan ilmuan. Kejayaan diukur berdasarkan kebolehan mengadaptasikan ilmu. Peperiksaan pula adalah pengukur kepada kebijaksanaan, usaha yang bersungguh serta motivasi. Untuk melahirkan generasi terbilang yang dapat memandu kehidupan ke jalan yang terang.
Kita mahu melahirkan generasi yang bagaimana? Yang cintakan wang ringgit atau yang mempunyai pengetahuan? Benar, wang boleh beli segalanya. Namun, wang tidak boleh membeli adab sopan dan merawat kebodohan.
Jika ini yang menjadi teladan kepada masyarakat, maka ilmu tidak lagi keutamaan. Hidup akan dirajai dengan harta dan kekayaan.
Lantaran itu, jutawan kosmetik yang separuh jantina diangkat melangit sedangkan murabbi yang mengajar ilmu di masjid dan surau hanya diberi duit minyak dan beberapa ketul kuih.
Padah apabila harta dianggap sebagai unsur kejayaan.
Seorang kaya boleh mengherdik si tua tanpa segan silu. Mengorek kisah-kisah silam kerana menganggap kemiskinan itu satu kegagalan.
Lalu kita perlu mengangkat kembali kata-kata mahsyur Saidina Ali:
“Ilmu akan menjaga kamu, padahal harta kamu yang perlu menjaganya. Ilmu semakin diguna semakin bertambah, padahal harta semakin diguna semakin berkurang. Ilmu tiada pencurinya, namun harta terlalu ramai yang ingin mencurinya.
“Ilmu memudahkan kamu memimpin yang di atas. Harta hanya memudahkan kamu memimpin yang di bawah.”
Cukup-cukuplah mengangkat si kaya sebagai idola. Jika yang kita lahirkan hanyalah generasi 7G, bagaimana mahu mengira wang berjuta jika ilmunya terlalu dangkal?
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)