
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
PPV khas untuk pekerja warga asing mungkin diperkenal

Sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur baru-baru ini gempar dengan kehadiran ribuan pekerja warga asing yang dilaporkan hadir memenuhi perkarangan pusat berkenaan untuk tujuan vaksinasi.
PPV yang dikenal pasti di lokasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu turut mengundang kesesakan sepanjang kira-kira dua kilometer di jalan berhampiran akibat tindakan majikan yang menghantar pekerja masing-masing terlalu awal dan tidak mengikut masa temu janji vaksinasi yang sepatutnya.
Insiden tersebut nyata mengejutkan dan memberi kebimbangan kepada warga tempatan yang turut hadir di PPV yang sama lebih-lebih lagi ramai di kalangan pekerja asing yang hadir didapati tidak menjaga penjarakan fizikal masing-masing.
Mengulas lanjut perkara berkenaan, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan bahawa beberapa tindakan telah diambil untuk memastikan kedatangan serentak penerima vaksin yang majoritinya daripada bukan warganegara dalam kumpulan besar di PPV yang menyebabkan kesesakan dan pelanggaran SOP tidak lagi timbul di masa akan datang.
“Kami telah mengambil beberapa langkah segera untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyekat perjalanan sebarang kenderaan seperti bas dari luar Lembah Klang yang membawa sama ada pekerja asing atau rakyat Malaysia secara beramai-ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di Lembah Klang.
“Selain itu, kami juga telah meminda tarikh janji temu bagi sesetengah penerima vaksin untuk mengurangkan jumlah kehadiran agar kesesakan daripada masalah komunikasi yang telah diterangkan tadi dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Jelas CITF, pihaknya akan terus memantau perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian dari semasa ke semasa.
“Kami juga sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengkhususkan beberapa PPV untuk warga asing mengikut bahasa yang digunakan agar sumber-sumber yang diperlukan, seperti penterjemah atau sukarelawan dapat ditempatkan agar proses vaksinasi dapat dipermudahkan,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE