Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Najib sekali lagi dilantik Perdana Menteri?
OLEH: DR PALATAO
Berita yang mengejutkan ketika Parlimen Malaysia bersidang pada hari kedua baru-baru ini adalah berkenaan Najib sekali lagi dilantik Perdana Menteri.
Barangkali Najib Razak – Ahli Parlimen Pekan pun tentu terkejut besar apabila namanya disebut lagi sebagai PM. Bolehlah Najib Razak ucap tahniah kepada Najib Mikati dari Lebanon atas kejayaannya mendapat sokongan majoriti parti untuk membentuk pemerintahan baharu negaranya.
Najib Mikati – FOTO: Reuters
Mana tahu, kalau tempiasnya sampai ke sini, maka rezekilah buat Najib, bukan?
Memang nama Najib pernah disebut sebagai calon PM bahkan sudah mendapat undian yang tinggi dari ‘netizen’, meninggalkan Zahid Hamidi jauh tercorot di belakangnya. Dalam undian menerusi Portal Utusan pada bulan Mac 2021, Najib mendapat 29,632 undi manakala Zahid cuma mendapat 368 undi.
Tidak hairanlah selepas itu seorang ahli Majlis Tertinggi, Puad Zarkashi mengatakan bahawa, “Sudah timbul pandangan akar umbi agar Najib kembali memimpin UMNO.”
Menurut seorang pemimpin UMNO, “Saya lebih suka melihat kepada kredibiti dan kepimpinan, kebolehan dan akal yang cerdik untuk memimpin. Jadi pada pandangan saya lebih memilih Najib untuk kembali kepada UMNO dan susun balik semua ini, jadikan UMNO dan BN kembali kuat untuk kita memerintah negara semula.”
Najib dilihat tenang dan ‘cool’ sesuai dengan panggilan mesranya ‘bossku’ berbanding Zahid yang sering dibayangi Anwar, pemimpin Pakatan Harapan (PH), yang dianggap musuh utama bagi UMNO semenjak tahun 1998.
Bagi seorang penganalisis pula, Zahid Hamidi disifatkan sudah menjadi beban dan tidak lagi relevan mengepalai sebuah parti besar seperti UMNO.
Bagi Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd Helmi Buang, sekali lagi beliau mengulangi pendirian bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur secara terhormat. Terdahulu beliau pernah berkata demikian pada 15 Januari 2021.
“Saya tidak mahu melihat parti ini asyik buat keputusan memecahbelahkan parti dan menggusarkan rakyat yang merupakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Keputusan yang sepatutnya dibuat sekarang ini adalah memihak kepada rakyat ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19.
“Kita akur dengan keputusan MKT menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN. Rakyat melihat keputusan yang dibuat ini, apa musibah dan kesannya kepada rakyat? Itu menjadi persoalan kini.
“Sekarang ini, kita tengah sibuk hendak bantu rakyat, buat macam-macam untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19. Tetapi tiba-tiba MKT tarik sokongan kepada PN,” jelasnya.
Terkini, timbul desas-desus Zahid mahu berpindah kedudukan kerusi di Parlimen. Adakah Zahid mahu berada di sebelah Anwar Ibrahim?
Jika benar hal ini berlaku, ia semakin menguatkan lagi andaian bahawa Zahid sentiasa dibayangi oleh Anwar Ibrahim dan sekaligus menjadi seorang Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah pertubuhan itu.
Amacam Bossku?
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)