
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Atlet Israel rosakkan fasiliti Sukan Olimpik dikecam

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini bukan sahaja menjadi tumpuan dunia gara-gara pelbagai kontroversi di sebalik pandemik, malah kredibiliti Jepun selaku tuan rumah juga dipuji kerana berkeupayaan menyediakan fasiliti terbaik buat atlet-atlet yang datang mengambil bahagian.
Salah satunya yang menarik perhatian adalah kemudahan katil yang direka khas daripada kadbod.
Katil ini menarik perhatian ramai kerana bukan sahaja diperbuat daripada seratus peratus bahan teknologi kitar semua, malah turut mampu menampung berat sehingga 200 kilogram.
Tidak kurang juga, ada cakap-cakap kosong dan desas-desus mengatakan kononnya katil tersebut dibuat untuk mencegah seks dalam kalangan atlet kerana mudah rosak sekiranya terdapat dua individu naik di atasnya.

Atas dasar itulah tiba-tiba sahaja timbul trend sesama atlet yang berkampung di Jepun untuk menguji sejauh mana kebenaran kukuhnya katil kadbod tersebut.
Kemuncak perbuatan yang paling melampau baru-baru ini telah dipertontonkan oleh kumpulan atlet dari Israel yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
Atlet besbol mereka, Ben Wanger dilihat menjadi ‘dalang’ mengetuai lapan rakan-rakannya yang lain dengan melompat di katil berkenaan seorang demi seorang bagi menguji ketahanan fasiliti yang disediakan itu.
Katil itu bagaimanapun telah hancur dan tindakan Wanger memuat naik rakaman video perbuatan mereka telah mendapat kecaman hebat.
Mana tidaknya, difahamkan katil yang sama juga akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun bertanding pada bulan depan.
Setelah mengetahui tindakannya bersama-sama rakan pasukan Israel dikritik secara meluas, Wanger akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.
-THE MALAYSIA VOICE