JUST IN
Insap explores the potential of BRICS
Exporting renewable energy to Singapore
Emotional intelligence and emotional maturity
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
MIDA and Chery Automotive Supply Chain Programme driving benefits for Malaysian vendors in China
Malaysian with Cerebral Palsy Inspires Through Marathon Feats in Taiwan
Solitario Expands Global Presence with New Lab-grown Store in Kuala Lumpur, Enters Malaysia Market
Messi jadi penanda aras kejayaan yang mahu diraih Mbappe
Sultan of Selangor wants all deviant teachings to stop
Agong zahir kekecewaan kenyataan batal darurat sebelum diperkenan
Pada Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang sepatutnya berakhir pada 1 Ogos ini.
Takiyuddin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kerajaan telah membatalkan Proklamasi Darurat dan memansuhkan semua ordinan mulai 21 Julai.
Pengumuman tersebut secara tidak langsung mencetuskan polemik dan kekeliruan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang lain termasuklah rakyat kerana jika mengikut perlembagaan, peraturan darurat hanya boleh dibatalkan melalui salah satu daripada dua cara iaitu sama ada Agong membatalkannya dan warta diterbitkan atau kedua dewan di Parlimen mengundi untuk membatalkannya.
Pada hari ini, pihak Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudin pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat Takiyuddin bagi merungkai tanda tanya berkaitan.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai 2021 berhubung kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan tanpa perkenan baginda.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Takiyuddin Hassan selalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.
“Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
-THE MALAYSIA VOICE