
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Parlimen atau pentas drama?

OLEH: ROSLAN SMS
Persidangan Khas Parlimen yang dipanggil sepatutnya digunakan untuk membincangkan isu yang sedang melanda dunia dan negara hari ini.
Hari ini kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang mengancam kehidupan rakyat, ekonomi negara dan masa depan semua.
Parlimen dibuka untuk beri peluang kepada kerajaan dan kesemua wakil-wakil rakyat berbincang dan mengemukakan pandangan yang terbaik bagi negara untuk berhadapan dengan pandemik ini yang turut mengancam negara-negara lain.
Apakah langkah dan usaha terbaik yang boleh kita ikhtiarkan selain yang telah dan sedang dilaksana kerajaan?
Ini yang rakyat mahu tahu dan dengar.
32 juta rakyat Malaysia diwakili 222 wakil rakyat (2 kosong setelah meninggal dunia), mereka ini sepatutnya bercakap atas kepentingan dan bagi pihak rakyat. Bukan kepentingan kepartian dan nafsu politik masing-masing.
Malangnya apa yang kita dengar pada Isnin lalu di hari pertama persidangan sebagaimana tajuk pada sebuah akhbar adalah, ‘Drama jerit-menjerit’.

Pihak pembangkang mengambil kesempatan apabila gelanggang dibuka untuk terus terjun dan terjah, maki hamun dan serang kerajaan sebab bagi mereka inilah peluang terbaik untuk melonjakkan sokongan buat mereka.
‘Speaker’ diaib dan diperlakukan, Perdana Menteri dan kabinetnya dimaki, inikah kemampuan wakil rakyat pembangkang kita?
Atas kesempitan dan kesusahan rakyat, mereka berterus-terusan berpolitik tanpa menyumbang barang sehabuk cadangan atau idea untuk membantu dan menyelamatkan rakyat dan negara.
‘Shame’ akhlak dan perlakuan pihak pembangkang sebegini cukup memalukan dan menjatuhkan nama baik Parlimen Malaysia.
-THE MALAYSIA VOICE
** Roslan SMS merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Roslan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)