JUST IN

MKN dan KKM perlu hentikan segera SMS berbaur retorik

by | Jul 28, 2021 | National, News | 0 comments

Platform sistem pesanan ringkas (SMS) yang digunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyampaikan informasi secara harian kepada rakyat sejak pandemik Covid-19 melanda negara didakwa telah gagal dimanfaatkan dengan baik oleh pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, platform SMS tersebut sepatutnya lebih bertujuan meningkatkan kesedaran dan promosi penjagaan kendiri kepada komuniti dan bukannya disia-siakan dengan menghantar pelbagai SMS ritorik.

“Saya bagi contoh pada 16 Julai 2021, ada SMS yang bertulis ‘Kerajaan terus bantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 menerusi Bakul Prihatin Negara, inisiatif terbaru bersama sektor korporat’.

“Apa gunanya SMS MKN seperti ini? Berbunyi propaganda. Bazirkan duit rakyat. Berapa perbelanjaan yang telah digunakan untuk SMS retorik seperti ini?” soalnya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Tambah Yeoh, Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut menganggotai MKN sewajarnya memainkan peranan dengan bantu memberi input yang lebih bermanfaat.

“Gunalah SMS MKN ini untuk mengajar ibu bapa apa yang perlu dilakukan jika diri mereka positif, perlukah anak-anak membuat saringan? Nak kuarantin berapa lama? Perlu pakai gelang? Perlu pergi ke Pusat Penilaian Covid-19?

“Tak ada satu pun SMS MKN yang ajar rakyat kepentingan sistem pengudaraan dalam melawan Covid. Tak ada satu SMS pun yang mengajar rakyat simptom untuk varian baharu Covid ini.

“Ada platform tapi disia-siakan maka jumlah kes ‘brought-in-dead’ tidak dapat dikurangkan,” ujarnya.

Dalam sidang media yang sama, Yeoh turut menyentuh isu perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) KKM yang perlu dikaji semula ketika memasuki premis perniagaan seperti pemeriksaan suhu, merekodkan nama tanpa pengesanan kontak.

KKM juga didakwa Yeoh tiada garis panduan ventilasi walaupun wujud banyak kluster akibat tiada sistem pengudaraan.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES