
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Pelan Pemulihan Negara penuh sasaran tetapi tiada strategi jelas

OLEH: NIK NAZMI NIK AHMAD
Semalam Perdana Menteri memberikan penerangan tentang Pelan Pemulihan Negara di Parlimen.
Sebelum ini, Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen menyatakan kegagalan pengurusan Covid adalah kerana tiada tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah.
Kerajaan perlu menjelaskan koordinasi antara Majlis Pemulihan Negara yang baru dibentuk, MKN dan Majlis Tindakan Ekonomi.
Siapa yang ada kuasa eksekutif? Mengapa perlu ditambah satu lagi majlis selepas MKN dan MTE? Mana satu ‘task force’ sebenar?
Pelan Pemulihan Negara penuh dengan sasaran tetapi tiada strategi jelas untuk atasi kes. Ya, kita semua mahu buka ekonomi tetapi kita tidak boleh terus buka-tutup-buka-tutup.
Kerajaan juga tidak memberi suntikan fiskal yang cukup. Sebahagian besar suntikan selama ini yang diwarwarkan oleh Kerajaan adalah bukan dalam bentuk fiskal tetapi dari segi wang pencarum KWSP yang boleh dikeluarkan dan moratorium bank.
Keadaan ekonomi yang sangat gawat telah melihatkan peningkatan kes bunuh diri sepanjang pandemik Covid.
Ramai juga yang terpaksa memperjudikan nyawa diri dan keluarga mereka apabila bantuan kerajaan tidak mencukupi ataupun mereka tidak layak menerima bantuan kerajaan.
Seorang anak muda di kawasan saya meluahkan perasaannya: “Sekarang keluar mati kena Covid. Duduk rumah mati kelaparan.”
Sebab itu rakyat mengangkat bendera putih!
Kerajaan juga perlu memperjelaskan rasional garis masa dan nilai ambang yang diberikan. Ia bukan dibuat atas sebarang dasar kesihatan yang jelas.
Rakyat juga mahu mengetahui bagaimana rancangan untuk pelajar-pelajar kembali ke sekolah selepas satu lagi tahun di mana kehadiran fizikal berada dalam keadaan minima.
Tak dinafikan sekolah harus menjadi prioriti untuk dibuka tetapi ibu bapa, guru dan pelajar mahu rasa selamat.
PDPR timbulkan banyak masalah – masa pembelajaran sedikit, agihan peranti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang lambat.
Apa bentuk sokongan untuk Generasi Covid dari segi sokongan untuk menguasai 3R (membaca, menulis dan mengira) di peringkat awal dan pendidikan teras untuk pendidikan tinggi?
-THE MALAYSIA VOICE
** Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Nik Nazmi ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)