Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Nak risau apa? Kualiti semua vaksin Covid-19 sama
OLEH: SUHAZELI ABDULLAH
ADA pihak yang cuba putar belit kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang menyatakan suntikan vaksin Sinovac di Kelantan sudah tamat. Lantas mereka menuduh Sinovac adalah vaksin tidak berkualiti dan sebab itu kerajaan menghentikan suntikan.
Saya nasihatkan supaya baca penerangan berita itu dengan betul dan baca lagi beberapa kenyataan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam isu ini. Jangan hanya baca tajuk sahaja. Dah berapa kali saya beritahu, setiap kali tajuk sensasi, baca isi dan penerangan lanjut.
Sebenarnya perolehan vaksin Sinovac sudah capai kuota yang dipesan, 18.75 peratus dari total penduduk negara. Bahkan perolehan kerajaan telah melebihi dari jumlah itu, 16 juta dos.
Inilah yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Justeru dos yang berbaki pada masa sekarang adalah akan digunakan untuk penerima dos ke 2 vaksin berkenaan.
Manakala vaksin Pfizer telah ditambah sehingga 44 juta dos. Sedangkan perolehan dan tempahan awal kerajaan adalah hanya 50 peratus.
Di sini tidak timbul vaksin mana terbaik atau terdapat vaksin kualiti rendah atau seumpamanya. Semua vaksin Covid-19 adalah berkesan dan selamat digunakan. Mana-mana vaksin yang ditawarkan untuk kita ambil itu adalah terbaik buat diri kita.
Kita boleh lihat dan baca sendiri kes-kes yang positif setelah divaksin adalah majoritinya berkategori ringan atau tiada gejala. Inilah bukti menunjukkan vaksin itu berkesan mengurangkan bebanan Covid-19 dalam masyarakat.
Mungkin suatu ketika nanti kita boleh hidup bersama virus Covid-19 tanpa merasa ketakutan kerana andai kata ianya menjangkiti kita sekalipun, badan kita sudah mampu berlawan dan tidak menjadi teruk.
Tahniah kepada beberapa negeri yang sudah melepasi 40 peratus divaksin dos pertama.
-THE MALAYSIA VOICE
** Dr Suhazeli Abdullah merupakan Pakar Perubatan Keluarga dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Dr Suhazeli Abdullah ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)