JUST IN

Siap sedia kemungkinan selepas 1 juta kes Covid-19 di Malaysia

by | Jul 25, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: ROSLAN AB HAMID

Kita masih bermain dengan angka. Bahaya besar apabila ada anggapan setelah divaksin, kita akan selamat. Juga jangan panik lihat angka.

Kita telah masuk fasa pemberian vaksin yang luar biasa intensif. Benar, vaksin hanyalah ikhtiar. Namun ia membantu untuk kita masuk ‘exit door’ dari pandemik.

Kita akan kekal berada dan bersama dengan virus Covid-19. Ini namaya endemik.

Sekarang ini berdasarkan data setelah dibuat ‘testing’, 7.3% rakyat Malaysia adalah positif Covid-19.

Jika angka ini kita ambil ia bawa maksud dari 3.3  juta populasi, 2.4 juta rakyat positif Covid-19 sama ada telah, sedang atau akan.

Hari ini, kita telah masuk penjumlahan angka positif – sejuta yang positif.

Ini bermakna ada 1.4 juta lagi yang positif dan tidak dikesan lantaran tidak bergejala dan sebagainya.

Kata kawan saya , “Bayangkan dalam masa 5 tahun (2020 hingga 2024) , 30% rakyat Malaysia akan dijangkiti. Ini bermakna baru sejuta, ada 9 juta bakal dijangkiti dalam tempoh 4 tahun ke depan.”

Ini angka. Ia boleh berlaku.

Bezanya setelah divaksin, jangkitan itu tidak pergi ke tahap 3 , 4 atau 5. Majoriti akan berada pada tahap 1 dan 2. Insya-Allah.

Angka ini benar. Justeru kita jangan terlalu yakin apabila telah divaksinkan.

Jaga SOP, pelitup muka dua lapis serta sentiasa jaga kebersihan.

Elakkan dari berada di tempat tertutup dan udara tidak bebas mengalir keluar atau masuk. Berdisiplin dan sentiasa jaga diri.

Kita kena biasakan diri – berada dalam normal baharu. Kuatkan semangat.  Kuasai dunia digital.

Sentiasa berenergi tinggi untuk tekun berusaha dapatkan pendapatan tinggi. Sertai kelompok berpendapatan tinggi T5 supaya kita dapat bantu ringankan beban ramai lagi orang yang telah masuk kelompok B40.

Lagi satu, ada juga yang keras kepala dan degil tidak mahu divaksinkan. Elok juga, dibuat pendaftaran supaya kelompok ‘degil Pak Oud’ tak nak vaksin ini mendaftar diri.

Jadi kita tahu berapa % rakyat Malaysia yang memang nekad tak nak vaksin. Hmmmmm.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES