
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Isyarat tersirat di sebalik bilangan undi di Facebook milik Najib

OLEH: DR PALATAO
Kedudukan ‘poll’ (undi) terkunci selama lima hari berturut-turut, apa cerita di sebaliknya?
Pada 11 Julai 2021, Datuk Seri Najib Razak telah membuka undi bertajuk “Adakah kerajaan PN gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat?”
Menurut beberapa orang pemerhati, jumlah pengundi naik mendadak ke angka 250,000 tidak lama selepas undi dibuka. Timbul tanda tanya juga dari mana datangnya pengundi yang ramai.
Bermula dari tarikh tersebut, pemerhati terus mengikuti perkembangan pengundian sehingga undi ditutup.
Anehnya menurut pemerhati, selepas jumlah pengundi melepasi 250,000 kedudukan bertukar kepada 78% (memilih gagal) serta 22% (memilih tidak gagal) dan ia kekal sehingga tamat pengundian dengan jumlah pengundi 350,000 kesemuanya.
Apa penjelasan di sebalik fenomena ini?
Menurut pemerhati, kemungkinan ada tiga teori.
Teori 1: Najib guna cybertrooper (tentera siber)
Menurut teori ini, kemungkinan sebahagian besar dari 250,000 pengundi yang awal adalah ‘cybertrooper’. Bagaimanapun, sebelum ini Najib pernah menafikan dia mempunyai ‘cybertrooper’, “Saya tak ada cybertrooper rasmi langsung,” katanya pada 20 Januari 2019.
Sekali lagi beliau nafikan, “Najib denies using cybertroopers,” 10 Julai 2020.
Kalaupun ada tempias, mungkin datang dari dakwaan seorang lelaki “Rizal Mansor says led Rosmah’s team of cybertroopers.” Tapi itu Rosmah, bukan Najib, kan?
Teori 2: Najib guna perkhidmatan BuyVotesLikes
Ada pemerhati memberitahu, terdapat iklan BuyVotesLikes melintasi ‘wall’ mereka ketika undi sedang dibuka. Hal ini tidak dapat disahkan kerana tiada bukti dokumen. Mungkin Anwar boleh bantu sahkan sebab dia ada kertas hitam yang boleh nampak benda orang lain tak nampak (sekadar mengusik).
Teori 3: Pengundi yang ‘real’
Ada kemungkinan pengundi itu adalah ‘real’. Sewaktu undi ini dibuka, jumlah harian kes positif Covid tengah mencanak naik sehingga melepasi paras 11,000 pada 13 Julai. Mungkin orang ramai risau lihat angka itu. Jadi kerisauan itu diterjemahkan melalui undi.
Itulah antara teori yang cuba menjelaskan kewujudan 250,000 pengundi yang awal.

Bagaimana pula dengan baki 100,000 pengundi yang datang kemudian? Jika ditolak 250,000 pengundi awal, maka baki 100,000 pengundi ini telah mengundi dengan kesudahan keputusan 50-50. Agak ‘tough fight’ juga kedudukan ini. Jangan main-main!
Apa pun undi dah ditutup.
Media pun dah melaporkan pencapaian program vaksin Malaysia kedua terpantas dunia, di belakang Kanada.
Kerajaan Prihatin juga nampaknya terus gigih berusaha agar rakyat dapat Lindung Diri Lindung Semua. Mereka sasar 500,000 dos sehari, 100% terima vaksin pada Oktober.
Harapnya sasaran tercapai dan negara pulih segera. Kita semua mahukan kebaikan. Kita semua mahukan Malaysia Sejahtera.
Sama2 doakan agar #KitaMenangBersama.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)