
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Sindiket jual oksigen tipu di Indonesia berjaya dibongkar

Sesuatu bekalan atau barangan keperluan apabila kuantitinya didapati sedikit, terhad dan sukar dicari, pastinya secara tidak langsung memberi kesan terhadap harga, kos tambahan dan ketulenan barangan itu.
Penjualan pelitup muka misalnya sewaktu pandemik Covid-19 mula-mula mengganas di seluruh dunia, tiba-tiba sahaja meningkat 100 peratus harganya berikutan kesukaran untuk memilikinya selain stoknya yang cukup terhad.
Begitulah juga dengan tabung oksigen peribadi yang dilihat cukup popular sebagai alternatif bantuan kepada mangsa Covid-19 di negara-negara yang mempunyai jumlah jangkitan luar biasa dengan bilangan penduduk yang ramai seperti di India dan Indonesia.
Terbaharu, sindikit yang menggunakan modus operandi menjual tabung oksigen palsu kepada pembeli-pembeli yang malang telah berjaya dibongkar di Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia.
Kumpulan penternak ikan hiasan tempatan dianggap sebagai wira kerana tampil bertanggungjawab membongkar penipuan tersebut melalui pengalaman dan pengamatan yang dilakukan mereka sendiri.
Menurut salah seorang daripada kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Alipin, dia telah melaporkan rasa curiganya kepada rakan-rakan yang lain setelah tabung oksigen yang dibelinya mengakibatkan ikan ternakannya mati.
“Kami menyiasat dan mendapati udara yang diisi sebenarnya bukanlah oksigen tetapi sebaliknya daripada pam angin kenderaan.
“Ikan saya mati sebaik sahaja saya menggunakan tong oksigen berkenaan.
“Isian oksigen itu dijual dengan harga yang begitu mahal kira-kira 100,000 rupiah (RM25) berbanding 25,000 rupiah (RM7) yang biasa dijual orang lain,” katanya.
Pada masa yang sama, Alipin sempat memberi tip untuk mengesan oksigen palsu dan sebenar berdasarkan ukuran suhu di atas api.
Jelasnya, suhu tabung oksigen palsu akan menjadi lebih panas berbanding oksigen sebenar.
Selain itu, sedutan udara daripada oksigen sebenar akan berasa lebih segar berbanding oksigen palsu yang hanya seperti udara biasa.
-THE MALAYSIA VOICE