JUST IN

Pesan buat mereka yang bergelar ayah

by | Jul 23, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: HISHAM SHARIF

63 peratus daripada remaja yang membunuh diri di Amerika Syarikat (AS) datang dari rumah tangga yang tiada ayah. 71 peratus daripada mereka yang berhenti sekolah di AS datang dari rumah tangga yang tiada ayah. 85 peratus dari remaja yang berada di penjara di AS datang dari rumah tangga yang tiada ayah.

Statistik ini menunjukkan betapa besar peranan ayah yang berfungsi dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi manusia berguna.

Tugas ayah bukan sekadar memberi makan dan minum. Tapi mendidik anak dengan tarbiah (Islam) yang sebenar.

Dalam al-Quran, kita tidak akan jumpa kisah nasihat ibu kepada anaknya secara spesifik. Tapi ada kisah Luqman yang menasihati anaknya dengan perkara-perkara yang besar.

Dalam al-Quran, doa yang dirakamkan untuk mendapatkan anak yang soleh (Nabi Yahya) adalah doa dari seorang ayah.

Dalam al-Quran, ada juga pesan ayah yang tua (Nabi Yaakub) buat anak-anaknya agar berpegang teguh dengan agama di hujung hayatnya.

Nabi Yusuf, setelah bermimpi, berdialog dengan ayahnya. Menunjukkan betapa Yusuf percaya dan selesa untuk menceritakan apa sahaja kepada ayahnya, walaupun yang berkaitan dengan mimpi.

Justeru itu wahai ayah, peluklah anak-anak, ciumlah mereka. Berbicaralah dengan anak-anak, bawalah mereka bermain, ajarlah mereka untuk sujud kepada Tuhan, ciptalah memori indah bersama anak-anak ketika mereka masih cinta dan percaya kepada kita sebagai pelindungnya.

Moga bila kita telah tiada, tidak akan putus doa dari anak-anak yang merindui taujihat (arahan-arahan berkaitan gerak kerja) sang ayah buat meluruskan dirinya.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES