
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
YDP Dewan Rakyat diberi kata dua; ubah tiga perkara atau letak jawatan

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan untuk melaksanakan tiga perubahan bagi sidang khas Parlimen yang bakal diadakan atau perlu meletak jawatan jika gagal berbuat demikian.
Majlis Presiden PH yang dianggotai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) itu berkata, pendirian Azhar untuk tetap melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
“Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.
“Maka jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Majlis Presiden PH telah menggesa Azhar untuk melakukan tiga perkara berikut:
- 1) Tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua Ahli Parlimen hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan.
Ini untuk memastikan semua Ahli Parlimen yang ingin berbahas boleh berbuat sedemikian.
- 2) Membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul menteri untuk semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah Covid-19, serta usaha memulihkan ekonomi serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.
Kami tidak boleh terima sidang Parlimen yang dipanggil hanya untuk mendengar ceramah atau kuliah menteri tanpa perbahasan penuh tidak boleh diterima.
- 3) Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu putuskan sama ada beliau menjunjung penuh titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan kabinet.
“Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE