
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Kini 199 lagi pergi tiada ganti

FOTO: Kementerian Kesihatan Malaysia
OLEH: JAMALI WAGIMAN
199 kematian baru dilaporkan semalam. Ya, hanya 1.6% dari keseluruhan kes baru yang mencecah angka 11,985 orang.
Semakin kerap kita menerima berita pilu dari sahabat kenalan rapat malah ahli keluarga sendiri.
“Hospital telefon pagi tadi, mak nak ditidurkan.” Allahuakbar.
“ Saya dalam perjalanan ke bilik mayat. Abang dah pergi buat selama-lamanya.” Allahuakbar.
Perhatikan semula 1.6% yang terlihat kecil. Hakikatnya kematian akibat jangkitan Covid-19 akan melepasi Kategori 3 dan 4.
Semalam 927 pesakit ditempatkan di ICU, 459 (49.5%) ditidurkan dan disambung ke alat bantuan pernafasan.
Jangan sesekali meremahkan arahan pihak berwajib. Terus berwaspada kerana 199 nyawa yang pergi semalam merupakan 43% dari pesakit yang ditidurkan. Bukan 1.6% lagi jadinya.
Kepada semua sahabat yang dikasihi, jaga diri semua. Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga roh mereka mendapat rahmat dan keampunan Allah juga. Insya-Allah. Amin.
Hidup perlu diteruskan. Kita lalui sama-sama. Tenangkan hati dan fikiran. Simpan sedikit perbelanjaan untuk elakan kesempitan kewangan nanti.
Cari dan usahakan sumber pendapatan tambahan, tidak kira punca pendapatan utama kita. Tambah kemahiran untuk menghadapi masa mendatang yang semakin sukar.
Ya Allah, ampunkan dosa kami semua. Lindungi kami, ibu bapa, isteri, anak-anak kami, keluarga kami, sahabat-sahabat dan guru-guru kami dari wabak dan bencana ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)