DO FOLLOW
Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Facing the challenges of the B40 community
A Kok and Bull-y story
Learn lessons from 1MDB debacle
Rivers as a source of life
Websites with prohibited content to be monitored
Jakim’s irrelevance beginning to show
Policies that are a hindrance to progress
Watak Les Grossman bantu lonjak nama Tom Cruise. ‘Spin-off’’ bakal menyusul?
Flag Football: An Emerging Sport in Malaysia
Aktivis usung mayat, bendera hitam protes di Dataran Merdeka
FOTO: Farhan Iqbal / documentingkuala
Sekumpulan belia yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), baru-baru ini telah mengadakan himpunan ala ‘flashmob’ di Dataran Merdeka bagi bersolidariti menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan yang dianggap gagal menguruskan pandemik dengan baik.
SSR dalam kenyataan berkata, kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung Covid-19 bukan sahaja telah gagal malah nasib rakyat yang mengangkat bendera putih dihina bahkan angka kes Covid-19 semakin meruncing dan meningkat.
“Kami turun ke Dataran Merdeka dengan membawa dua simbol utama.
“Yang pertama, mayat. Ini melambangkan jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri yang berleluasa.
“Yang kedua, 14 bendera hitam sebagai tanda kemarahan rakyat di setiap negeri dan wilayah tidak dapat dinafikan apabila ciapan #Lawan, #KerajaanGagal, #KerajaanPembunuh, #KerajaanBodoh tular di semua platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas SSR, bukti-bukti tersebut menunjukkan rakyat sudah penat dan marah dengan sikap ego kerajaan PN yang enggan meletakkan jawatan.
Sikap Perdana Menteri dan menteri-menteri kerajaan yang terus menerus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat juga dikatakan SSR sebagai tidak peka dan prihatin memandangkan rakyat kian terhimpit dan tertekan akibat kehilangan sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
“Rakyat akan mati kelaparan akibat tiada pendapatan atau mati akibat terkena jangkitan Covid-19. Dan Perdana Menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” ujarnya.
Penjelasan SSR itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri sewaktu tinjauan Program Bakul Prihatin Negara yang menyebut, “Tak payah naik bendera putih atau hitam. Nak naik bendera biru tak apa,” pada 15 Julai lalu.
Himpunan yang disertai seramai 20 individu itu bagaimanapun telah diarahkan bersurai dan beredar oleh pasukan polis Dang Wangi.
Laporan media kini turut mendedahkan tiga individu daripada kumpulan aktivis yang sama telah dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM2,000 atas kesalahan perlanggaran Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 iaitu Larangan Berhimpun.
-THE MALAYSIA VOICE