Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Exploring the Legacy of Shahnameh: A Cultural Exhibition in Malaysia
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Tak mustahil Malaysia cetuskan varian baharu jika lambat vaksinasi
Kewujudan varian baharu Covid-19 yang dianggap paling berbahaya iaitu varian Delta kini mencetuskan kebimbangan apabila penularannya dikesan telah berada dalam komuniti melibatkan pekerja industri perkapalan di Labuan, Sabah baru-baru ini.
Varian Delta (B.1.617.2) ini dikesan hasil penjujukan genom yang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan difahamkan ia berbahaya kerana mampu merebak dengan cepat dan jangkitannya boleh berlaku dalam masa singkat melalui bawaan udara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penularannya yang lebih parah bagaimanapun berjaya dikekang hasil pelaksanaan vaksinasi awal dalam komuniti di sana.
“Kita laksanakan tindakan kesihatan awam dan memulakan pemberian vaksinasi.
“Tindakan kawalan vaksinasi ini ternyata mampu membendung penularan. Dalam masa tiga minggu sahaja, ia sudah mampu dikawal,” katanya dalam sidang media, kelmarin.
Sementara itu, seorang doktor dari Persatuan Kesihatan Sabah (Sihatbah), Dr. Rizin Kusop menjelaskan, komuniti yang belum divaksinasi berpotensi menjadi punca terjadinya varian yang lebih bahaya.
“Virus, secara semula jadi sentiasa berubah (mutasi). Kebanyakkan mutasi itu tidak bahaya. Tetapi sekali sekala akan ada mutasi yg lebih cekap dan bahaya akan terbentuk secara rawak.
“Jenis virus baru ini (varian) selalunya akan mati begitu sahaja jika peluang untuk merebak dikawal melalui vaksinasi, prosedur operasi standard (SOP) dan ‘lockdown’ yang cepat dan ketat,” tulisnya di laman sosial Facebook.
Justeru itu, Dr. Rizin menggesa kerajaan agar melaksanakan proses vaksinasi dengan lebih pantas di samping mengetatkan SOP dan ‘lockdown’ yang lebih telus untuk tidak memberi peluang varian baru ini merebak lebih cepat.
“Itu sebabnya kerajaan perlu mempercepatkan proses vaksinasi dalam masyarakat kita.
“Jika keadaan genting di Malaysia ini berterusan lagi beberapa bulan, kita sendiri akan menghasilkan varian kita sendiri,” jelasnya.
-THE MALAYSIA VOICE