JUST IN

Langkah saringan besar-besaran ke negeri lain mesti dimulakan segera

by | Jul 16, 2021 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

FOTO: Kementerian Wilayah Persekutuan

Malaysia buat pertama kalinya semalam merekodkan bilangan kes positif Covid-19 harian tertinggi sejak pandemik membadai negara dengan jumlah 13,215 kes yang mengatasi lebih 11,000 kes pada dua hari berturut-turut sebelumnya.

Walaupun pihak kerajaan mendakwa bahawa jumlah tinggi tersebut disebabkan faktor saringan besar-besaran yang dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutamanya di kawasan Lembah Klang, timbul kebimbangan pula dalam masyarakat mengenai penularan di kawasan dan negeri-negeri lain yang tidak melakukan saringan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara yang menyuarakan kerisauan berikutan kadar positif yang dicatatkan daripada jumlah saringan harian menunjukkan trend peningkatan.

“Kadar positif menjadi lebih tinggi setelah lebih banyak saringan dibuat secara rambang di lapangan dan dalam kalangan komuniti.

“Ini sebenarnya bukti bahawa Covid sudah menular sangat mendalam di komuniti sehingga kebanyakan penularan Covid tidak berjaya dikesan sebelum ini biarpun PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total Lockdown pernah dilaksanakan.

“Malah kadar positif semalam pada 9.82 peratus ini adalah antara paling tinggi saya pernah perhatikan.  Hampir seorang didapati positif bagi setiap 10 orang diuji,” katanya menerusi entri terbaharu di laman Facebook, semalam.

Sementara itu, pengguna laman sosial bernama Eric Thong mendakwa bahawa saringan sedia ada yang dijalankan sebenarnya masih belum mencukupi dan ‘lockdown’ yang sebenar-benarnya wajib dilaksanakan tanpa kompromi.

“Kadar positif 9.82 peratus bermaksud saringan mesti melebihi 200,000 saringan sehari untuk mencecah standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 peratus. Ini bermakna saringan kita ni masih tidak mencukupi.

“Selagi saringan tak cukup, maka kita tidak dapat mengasingkan pesakit Covid. Selagi saringan tidak cukup juga, sepatutnya kita perlu ‘lockdown’ yang amat ketat,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES