JUST IN

Doa dan khabar untuk petugas kesihatan

by | Jul 16, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: DR ROZANIZAM ZAKARIA

Hari ini ada wartawan hubungi saya bertanyakan isu ‘burnout’ di kalangan petugas kesihatan. Antara yang ditanya ialah apa yang masyarakat boleh lakukan untuk bantu ‘frontliners’ kita yang lesu upaya ini.

Sukar untuk dijawab. Sebab mereka yang alami ‘burnout’ ini pun kadangkala tak ada jawapan.

Bagi sebahagian dari mereka “redah sahajalah” kerana ini jalan yang mereka pilih. Apa yang mereka perlukan mungkin spesifik untuk keadaan mereka.

Ada yang perlukan cuti, ada yang perlukan perjawatan tetap, ada yang PJJ nak jumpa isteri anak-anak, ada yang nak balik kampung, ada yang risau anak kat rumah tak belajar. Tak semua bebanan ini kita ada jawapannya.

Isu ‘burnout’ di kalangan petugas kesihatan bukan perkara baharu.

Bahkan Ketua Pengarah Kesihatan sendiri pernah melaporkan tentang keadaan ini menerusi kajian yang dijalankan ke atas 893 petugas kesihatan mengenai Prevalen dan ‘Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Lesu Upaya Dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19’ mendapati prevalen lesu upaya berkaitan peribadi ialah sebanyak 53.8 peratus.

Ini kerana mereka berhadapan dengan situasi tekanan yang berterusan yang memerlukan mereka berada dalam keadaan tuntutan fizikal dan mental yang berterusan.

Namun selain jaga SOP, ambil vaksin dan ‘volunteer’ di PPV, janganlah kita sebar berita palsu. Saya rasa ada beberapa perkara lagi kita sebagai masyarakat umum boleh bantu.

Jika anda ada kenalan dari kalangan ‘frontliners’, tunjukkanlah penghargaan anda kepada mereka.

Tanya khabar, ambil tahu keadaan keluarga dan anak-anak mereka, tawarkan bantuan praktikal jika mampu.

Contohnya tolong ambilkan tugasan di sekolah anak mereka jika anak anda bersekolah bersama, hantar mesej penghargaan, ada rezeki lebih hantarkan makanan atau buah tangan, tengok-tengokkan anak mereka jika berjiran serta doakan mereka dan keluarga dalam doa anda.

Saya rasa itu pun sudah cukup bermakna.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES