Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
‘Lockdown’ tak berkesan, kerajaan digesa tukar strategi urus pandemik
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) digesa untuk mengubah fokus pengurusan pandemik COVID-19 daripada terlalu bergantung kepada pelaksanaan sekatan pergerakan secara umum kepada pendekatan bersasar dan sistematik melalui kaedah pengenalpastian pantas, pengasingan dan pengekangan jangkitan.
Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan berkata, perubahan strategi ini akan merintis langkah awal kepada pembukaan semula kegiatan ekonomi secara berperingkat yang akan dapat memulihkan pasaran pekerjaan dan meredakan kebimbangan para pelabur.
Jelasnya, kebenaran beroperasi haruslah diberikan berdasarkan penilaian saintifik ke atas risiko penyebaran jangkitan dalam sektor ekonomi tersebut.
“Dengan pendekatan ini, prosedur operasi standard (SOP) akan terarah kepada usaha-usaha mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja seperti meningkatkan kualiti pengudaraan di ruang tertutup.
“Selain itu, kegiatan operasi di luar premis dan di ruangan terbuka akan dikategorikan sebagai berisiko rendah dan dapat diteruskan dengan mematuhi arahan penjarakkan fizikal,” ujarnya.
Tambahnya lagi, selain meningkatkan kadar pemberian vaksin kebangsaan, terdapat beberapa langkah lain yang perlu diutamakan.
“Kerajaan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 bilion dalam bentuk geran, pembiayaan mudah dan insentif cukai untuk mewujudkan ruang kerja, kilang dan kuarters pekerja yang kalis pandemik.
“Malah, kerajaan juga perlu mewajibkan ujian saringan bersubsidi di tempat kerja secara berkala sebagai langkah pencegahan awal membendung penularan wabak.
“Di samping itu, peruntukan untuk menambahkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam demi menangani wabak COVID-19 dan varian-varian baru virus tersebut wajar dipertingkatkan,” jelasnya.
-THE MALAYSIA VOICE