JUST IN

Awas, dadah versi vape Magic Mushroom makin berleluasa

by | Jul 15, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: CIKGU ZAHRAN

Seorang pelajar cemerlang kini seperti hilang akal, meracau dan hampir gila. Dia didapati menghisap vape yang mengandungi ‘magic mushroom’ yang semakin berleluasa sekarang.

Pelajar ini khabarnya mahu mengelakkan stres akibat belajar.

Kini masa depan beliau hampir musnah dan mungkin terpaksa dirujuk kepada pakar psikiatri.

Magic Mushroom merupakan bahan psikoaktif baharu (New Psychoactive Substances-NPS) iaitu bahan yang mengandungi psylocybin, sejenis bahan aktif halusinogen yang sangat kuat, lebih bahaya dari flakka yang membuatkan penagihnya seperti zombi.

Dadah ini juga dikenali sebagai ‘shroom’ atau ‘booms’. Sangat sukar dikesan sama ada melalui ujian air kencing atau ujian dadah.

Ia kini dijual melalui cecair vape berharga RM300 hingga RM500 dan mudah didapati di pasaran.

Penagih ‘mushroom’ akan kelihatan seperti berhalusinasi, seolah-olah dirasuk hantu syaitan, bercakap merepek dan paling teruk hilang ingatan seperti pesakit skizo.

Bahaya psylocybin ni, kesannya boleh kekal berpanjangan sehingga berbulan bulan malah hingga setahun dengan hanya satu dos yang diambil.

Awasi anak remaja anda. Jika mereka kelihatan pelik dan meracau, cuba siasat apa yang mereka ambil.

Dadah ini banyak berlegar di kalangan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Semoga dijauhkan.

-THE MALAYSIA VOICE

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES